Meneroka Cabaran Perantis Kerja Sosial Gerontologi Dalam Memberi Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Warga Emas Kronik: Kajian Kes Di Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu

(Discovering the Gerontological Social Workers' Challenges in Providing Chronic Care Patient: Case Study at Kuala Kubu Bharu Family Home)

  • Nur Hanis Hazlan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Mardhiah Abdull Rhaman UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Khadijah Alavi UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Beban penjaga, perantis SKM, pesakit kronik, warga emas, Gerontologi

Abstract

Peningkatan jangka hayat warga emas juga mengakibatkan peningkatan kepadatan penduduk warga emas memberi implikasi kepada keluarga dan negara. Kos tanggungan keluarga akan meningkat dengan mendadak terutama kos perubatan, pengangkutan dan lain-lain kos tersembunyi (hidden cost) dalam penjagaan warga emas. Masalah pengabaian warga emas juga semakin membimbangkan di pusat penjagaan yang mana dikendalikan oleh pekerja yang kurang mahir dalam penjagaan warga emas.  Tujuan utama kajian ini ialah meneroka cabaran perantis kerja sosial gerontologi dalam memberi perkhidmatan kepada pesakit warga emas kronik di Rumah Ehsan, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan kajian kes terhadap 9 responden telah dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan yang dijalankan secara temubual bersemuka. Protokol kajian yang digunakan dalam kajian ini berbentuk garis panduan soalan separa berstrukur yang dibina berpandukan sorotan literatur dan kajian lepas. Responden telah ditemubual secara bersemuka dan semua data yang direkodkan telah ditranskrip untuk analisis data secara tematik. Hasil kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu perantis SKM tahap 3 dan penjaga warga emas. Perantis SKM mendapati bahawa cabaran utama mereka ialah kewangan, fasiliti, pengurusan dan latihan mengendalikan warga emas kronik.  Manakala penglibatan perantis gerontologi ini dapat membantu meringankan beban penjagaan dalam kalangan pembantu perawatan kesihatan. Penjaga juga dapat berkongsi kemahiran berkomunikasi, kemahiran mendengar dan sebagainya daripada perantis kerja sosial gerontologi. Implikasi kajian ini ialah penglibatan perantis kerja sosial gerontologi dapat menarik minat golongan muda dalam penjagaan warga emas dan membuka peluang perniagaan dalam bidang khidmat bantu di rumah.

Kata kunci: Beban penjaga, perantis SKM, pesakit kronik dan  warga emas

Published
2019-10-19
How to Cite
Hazlan, N. H., Abdull Rhaman, M., & Alavi, K. (2019, October 19). Meneroka Cabaran Perantis Kerja Sosial Gerontologi Dalam Memberi Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Warga Emas Kronik: Kajian Kes Di Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu. Jurnal Wacana Sarjana, 3(1), 1 - 9. Retrieved from http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/216