Pemaparan Isu Wanita dan Bahasa Kebangsaan dalam Majalah Mastika, 1946-1980

Issues on Women and National Language as Portrayed in the Mastika Magazine, 1946-1980

  • Nurul Nadhirah Md Jais UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Rahilah Omar UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: nasionalisme, Mastika, wanita, Bahasa Kebangsaan, penjajahan Inggeris

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan mengenai perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu dengan merujuk kepada tulisan-tulisan yang dimuatkan di dalam majalah Mastika pada tahun 1946-1980. Kebangkitan nasionalisme di seluruh Tanah Melayu mencapai kemuncaknya apabila orang Melayu menentang Malayan Union yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris pada tahun 1946. Mereka menentangnya kerana menghalang tindakan pihak Inggeris untuk menghapuskan institusi raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada semua pendatang. Peranan media cetak sebagai pemangkin gelombang nasionalisme tidak dapat disangkal lagi. Kertas kerja ini akan merungkai isu-isu nasionalisme yang berhubung dengan wanita dan Bahasa Kebangsaan dalam majalah Mastika yang merupakan salah sebuah majalah yang popular yang menjadi salah satu penggerak semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Tanah Melayu pada waktu itu. Selain mengupas isu-isu yang berlegar dalam kalangan masyarakat Melayu, majalah ini amat mementingkan perkembangan dari pemikiran orang-orang Melayu sendiri untuk membebaskan bangsa dari penjajahan. Pada masa yang sama isu-isu yang berhubung dengan wanita serta Bahasa Kebangsaan menjadi pokok perbincangan. Kajian ini lebih menumpukan kepada kajian kepustakaan dengan mengadaptasi sumber-sumber primer seperti majalah dan suratkhabar yang diterbitkan pada masa itu di samping bahan-bahan sekunder seperti buku, artikel dalam jurnal, tesis dan lain-lain. Hasil kajian mendapati bahawa majalah Mastika banyak mengutarakan rencana-rencana yang berkaitan dengan sentimen orang Melayu berhubung masalah wanita Melayu dan Bahasa Kebangsaan. Wanita Melayu turut menjadi tonggak utama kepada pentadbiran di Tanah Melayu selain kaum lelaki dan isu Bahasa kebangsaan diperjuangkan sebagai bahasa utama untuk mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu yang baru mencapai kemerdekaan.

Kata kunci: nasionalisme, Mastika, wanita, Bahasa Kebangsaan, penjajahan Inggeris

ABSTRACT

This paper discusses the development of Malayan nationalism through articles published by the Mastika magazine from 1946 to 1980. Malay Nationalism reached its peak in 1946 when the Malays united to oppose the British-sponsored Malayan Union. The Malays were against the removal of the Malay rulers and easy-granting of citizenship to migrants.  It is undeniable that during this era, the media played an important role as the catalyst of Malay nationalism. Thus, this paper considers the issue of nationalism and its relations to women and the national language. In addition, this paper discusses the Malay psyche as the community tries to liberate the nation from British colonialism. This study uses the library method by adopting primary sources such as magazine and newspaper with cross references to secondary sources such as articles, journals and thesis. The findings of this study reveal that Mastika has published widely on Malay sentiments in regard to the importance of women and the role of the national language. This study also clearly shows Malay women and the national language played important roles in forging unity in the newly-independent Malaysia.

Keywords: nationalisme, women, Mastika, national language, British colonialism

Author Biography

Rahilah Omar, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Published
2019-10-19
How to Cite
Md Jais, N. N., & Omar, R. (2019, October 19). Pemaparan Isu Wanita dan Bahasa Kebangsaan dalam Majalah Mastika, 1946-1980. Jurnal Wacana Sarjana, 3(1), 1 -12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/217