Kesan Kemurungan Penjaga kepada Pesakit Kanser dan Strategi Daya Tindak

(The Effects of Depression to Cancer Patient Caregiver and the Coping Strategies)

  • Mohamad Aiman Nordin Program Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nur Saadah Mohamad Aun Program Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: penjaga, kemurungan, Strategi Daya Tindak, pesakit kanser, kualitiatif

Abstract

Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk melihat kesan kemurungan terhadap penjaga pesakit kanser dan strategi daya tindak mereka. Pemilihan responden dibuat secara pensampelan bertujuan dengan menggunakan teknik pensampelan berkriteria. Kriteria kelayakan menjadi responden kajian ini ialah individu itu merupakan penjaga utama anggota keluarga yang menghidapi kanser di rumah. Justeru, kajian ini hanya melibatkan lima kes sahaja. Pengkaji mengadakan pertemuan bagi setiap responden. Tempoh setiap sesi temu bual adalah berdurasi 45 minit hingga 1 jam. Bagi setiap pertemuan yang dijalankan, transkripsi verbatim dilakukan dalam tempoh 24 jam. Proses pengumpulan data berakhir apabila temu bual mencapai tahap tepu. Pengkaji mendapati penjaga yang menggunakan strategi daya tindak yang positif dapat mengurangkan kesan kemurungan mereka. Kajian ini diharap dapat dijadikan rujukan buat badan berkaitan untuk merangka program yang menyokong penjaga pesakit kanser.
Kata kunci: penjaga, kemurungan, Strategi Daya Tindak, pesakit kanser, kualitiatif

ABSTRACT

This research was conducted with purpose of seeing the effects of depression to cancer patient caregiver and their coping strategies. Respondent were chosen through purposive sampling with criterion sampling. The main criteria to be chosen as the research respondent is that the individual must be the main caregiver of the cancer patient at home. Thus, this research involves only five cases. Researcher will conduct an interview with the respondents. Each interview would take around 45 minutes until 1 hour. For every interview conducted, a verbatim transcript will be written in 24 hours. The data collection process will stop when the interview session achieved saturation level. Researcher found out that caregivers who used positive coping mechanism succeeded in reducing the effect of their depression. This research was conducted in hope that it could be of use to related government and non-government agencies to construct a better system to support cancer patient caregiver.
Keywords: caregiver, depression, Coping Mechanism, cancer patient, qualitative

Published
2020-04-25
How to Cite
Nordin, M. A., & Mohamad Aun, N. S. (2020, April 25). Kesan Kemurungan Penjaga kepada Pesakit Kanser dan Strategi Daya Tindak. Jurnal Wacana Sarjana, 4(1), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/249