Perkembangan Perlombongan Bijih Timah di Negeri Sembilan, 1910-1929

(Development of Tin Mining in Negeri Sembilan, 1910-1929)

  • Muhamad Taqiuddin Omar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Rahilah Omar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Negeri Sembilan, bijih timah, kegiatan perlombongan, imigran, pihak Inggeris

Abstract

Kertas kerja ini meneliti aktiviti perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan sewaktu pentadbiran Inggeris. Negeri Sembilan merupakan salah sebuah negeri di Tanah Melayu yang mempunyai banyak hasil galian. Kawasan yang paling banyak menghasilkan bijih timah adalah di Sungai Ujong yang meliputi Rasah, Rahang, Lenggeng, Ampangan, Mambau dan beberapa tempat lain. Kehadiran pihak Inggeris di Negeri Sembilan telah memberikan kesempatan kepada mereka untuk mengeksploitasi sumber galian (bijih timah) yang sebelum ini aktiviti tersebut diusahakan oleh penduduk tempatan secara tradisional. Bagi memaksimumkan keuntungan, pihak Inggeris telah membawa masuk buruh-buruh Cina secara beramai-ramai untuk bekerja di kawasan-kawasan perlombongan. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti perkembangan perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan untuk tempoh masa dua dekad (1910-1929). Bagi memperolehi maklumat yang sesuai, kajian ini telah menggunakan kaedah content analysis iaitu dengan mengekstrak data yang diperolehi daripada sumber-sumber primer yang terdapat di Arkib Negara Malaysia khususnya Laporan-laporan Tahunan, dokumen dan fail-fail yang diperolehi sewaktu di bawah pentadbiran pihak Inggeris. Data ini turut disokong oleh sumber-sumber sekunder seperti buku, artikel dan lain-lain. Hasil kajian mendapati kemasukan imigran dalam jumlah yang besar ke Negeri Sembilan telah memberi kesan ke atas sosioekonomi negeri ini dan mewujudkan masyarakat majmuk yang boleh dilihat sehingga kini. Pembangunan dan perkembangan sebahagian besar bandar-bandar di Negeri Sembilan juga disebabkan oleh kegiatan aktif dalam sektor perlombongan bijih timah yang berlaku sebelum ini. Pihak Inggeris juga berperanan di dalam meningkatkan infrastruktur bagi memudahkan aktiviti perlombongan bijih timah yang kebanyakannya dilaksanakan di kawasan pedalaman. Secara tidak langsung ia telah membantu memperbaiki sistem perhubungan darat yang ada di Negeri Sembilan dan sebahagian besar masih digunakan sehingga kini.

ABSTRACT

This paper examines the tin mining activities in Negeri Sembilan during the British Administration from 1910 to 1929. As a state in the Federated Malay States, Negeri Sembilan was abundantly rich in tin ores. Key mining areas include Rasah, Rahang, Lenggeng, Ampangan and Mambau in Sungei Ujong. The arrival of British Colonialism further increased the commercial exploitation of tin-mining. To maximize profits, the British brought in Chinese labourers to work the mines. This research employs the content analysis method by extracting and analysing data from primary sources such as Annual Reports, documents and files at the National Archives of Malaysia. These data are further supported by secondary materials such as books and articles. This research reveals that the large influx of immigrants had a strong impact on the state socio-economic development as well as the making of a plural society. The growth of towns and cities in Negeri Sembilan are also attributed to tin-mining. While the British specifically introduced modern infrastructure for tin-mining activities, this inadvertently modernized Negeri Sembilan – connecting the once rural areas with new roads and communication systems.
Keyword: Negeri Sembilan, tin ore, mining activities, immigrant, British administration

 

Published
2020-04-26
How to Cite
Omar, M. T., & Omar, R. (2020, April 26). Perkembangan Perlombongan Bijih Timah di Negeri Sembilan, 1910-1929. Jurnal Wacana Sarjana, 4(1), 1-15. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/258