Struktur Dramatik Tangan-tangan yang Tinggal oleh Siti Jasmina Ibrahim

(Drama Structure in Tangan-tangan yang Tinggal by Siti Jasmina Ibrahim)

  • Nik Noorafifah Roziman Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nur Afifah Vanitha Abdullah Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: kritikan drama, drama Melayu, Siti Jasmina, teori enam elemen Aristotle, Tangan-Tangan Yang Tinggal.

Abstract

Tangan-Tangan Yang Tinggal karya Siti Jasmina Ibrahim telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2015. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan, apakah aspek dramatik skrip Tangan - Tangan Yang Tinggal yang melayakkannya terpilih sebagai pemenang sayembara ini? Penelitian ini mengaplikasi lima daripada enam elemen Aristotle iaitu watak, plot, tema, bahasa, dan kekaguman untuk menjawab persoalan kajian. Data artikel ini diperolehi daripada kaji jenis fundamental dengan reka bentuk kajian kualitatif. Dapatan kajian ini adalah, plot drama Tangan-Tangan Yang Tinggal berbentuk linear. Drama ini mengangkat tema Islamik dengan mesej iman dan ibadah yang betul dalam Islam bukan sesuatu yang boleh diwarisi secara automatik. Skrip drama Tangan-Tangan Yang Tinggal ini juga menggunakan bahasa Melayu, Arab dan simbolik seperti simile, personifikasi, bahasa melankolik serta bahasa tidak formal. Sementara itu, elemen kekaguman pula terdapat set dan prop, kostum, kesan khas dan pencahayaan. Format struktur dramatik ini dapat dijadikan garis panduan bagi penulisan drama yang berstandard tinggi.


ABSTRACT

Siti Jasmina Ibrahim’s script, Tangan-Tangan Yang Tinggal, won the ‘Hadiah Sastera Perdana Malaysia” 2015 Best script award. The aim of this study is to answer; “What are the dramatic aspects of Tangan-Tangan Yang Tinggal that made this script the winner of that award?” This study applied five out of six Aristotle’s elements, namely character, plot, theme, language and spectacle to obtain answer to the research question. Data for this study were obtained from a fundamental research using qualitative method. This study found that Tangan-Tangan Yang Tinggal has a linear plot. This drama has established an Islamic theme that states right faith and religion in Islam can not be automatically inherited. The language used in Tangan-Tangan Yang Tinggal are the Malay, Arabic and symbolic language with simile, personification, melancholic language as well as informal language. Meanwhile the spectacle element, can be found in the set and prop, costume, special effects and lighting. The dramatic structure of this script can be made a guideline for high standard drama writing.
Keyword: drama criticism, Malay drama, Siti Jasmina, six Aristotelian elements, Tangan-Tangan Yang Tinggal.

Published
2020-04-26
How to Cite
Roziman, N. N., & Abdullah, N. A. V. (2020, April 26). Struktur Dramatik Tangan-tangan yang Tinggal oleh Siti Jasmina Ibrahim. Jurnal Wacana Sarjana, 4(1), 1-16. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/260