Perancangan Kewangan ke arah Perkahwinan dalam Kalangan Belia

(Financial Planning for Marriage Among Youth)

  • Nur Muzdalifah Zulkarnain Program Sains Pembangunan, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zaimah Ramli Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: perancangan kewangan, simpanan, perbelanjaan, perkahwinan, belia

Abstract

Kewangan merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Semua orang perlu merancang kewangan masing-masing tidak kira kaya atau miskin. Hal berkaitan kewangan bukan hanya memberi kepuasan terhadap kewangan, tetapi turut memberi kepuasan dalam perkahwinan dan kualiti hidup keseluruhannya. Namun, keadaan ekonomi yang kian mencabar dan kehendak mengimpikan perkahwinan mewah merupakan cabaran yang dihadapi oleh pasangan yang menuju ke arah perkahwinan pada masa kini. Kajian lepas menunjukkan terdapat individu yang baharu dua tahun berkahwin telah merasa tidak puashati dengan perkahwinan mereka. Masalah kewangan merupakan antara punca utama kepada konflik dalam perkahwinan. Oleh itu, objektif kajian adalah mengukur tahap perancangan kewangan belia ke arah perkahwinan dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi tahap perancangan berkenaan. Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui kaedah menggunakan borang soal selidik. Teknik persampelan bertujuan akan digunakan bagi pengutipan data. Sasaran sampel adalah 85 orang belia (berumur 18 hingga 40 tahun) dan belum berkahwin. Statistik deskriptif akan digunakan bagi menjawab objektif kajian. Jangkaan hasil kajian ialah sebahagian besar belia mempunyai simpanan khusus untuk berkahwin. Faktor yang mempengaruhinya adalah elemen perkhidmatan yang menjadi pilihan utama belia dalam majlis perkahwinan, seperti pakej katering, kad kahwin dan sebagainya. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu belia untuk lebih bijak merancang perbelanjaan untuk berkahwin pada masa akan datang.

Published
2020-04-26
How to Cite
Zulkarnain, N. M., & Ramli, Z. (2020, April 26). Perancangan Kewangan ke arah Perkahwinan dalam Kalangan Belia. Jurnal Wacana Sarjana, 4(2), 1-14. Retrieved from http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/264