Hubungan Sokongan Sosial terhadap Kemurungan dalam Kalangan Pelajar

(Relationship of Social Support and Students Depression among Students)

  • Nur Shyahirah Mahpis Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Noremy Md Akhir Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: pelajar, sokongan sosial, kemurungan, sokongan emosi, kajian kuantitatif

Abstract

Pelajar dalam kalangan remaja merupakan golongan yang akan mewarisi dan memimpin negara kita pada masa akan datang. Golongan ini merupakan harapan dan aset negara untuk mengekalkan kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi, sosial dan politik negara. Namun, sejak kebelakangan ini timbul pelbagai masalah kemurungan dalam kalangan pelajar khususnya remaja. Kesukaran untuk menjalinkan hubungan sosial akan menyebabkan pelajar merasakan mereka tidak layak diterima masyarakat dan akan berasa bersalah dalam apa sahaja tindakan yang dilakukan. Ia merupakan simptom individu yang mengalami kemurungan. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur tahap kemurungan pelajar tingkatan enam dan tahap sokongan sosial. Selain itu, mengukur hubungan antara sokongan sosial dan kemurungan dalam kalangan pelajar. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik iaitu Perceived Social Support Scale (PSS) dan Beck Depression Inventory (BDI). Disamping itu, kajian yang dijalankan adalah kajian diskriptif yang berbentuk tinjauan ke atas 127 orang pelajar di Kolej Tingkatan Enam Pontian, Johor. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati sokongan sosial mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemurungan terhadap responden. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan golongan pelajar dan seterusnya mengurangkan masalah kemurungan dalam kalangan pelajar. Hasil kajian menunjukkan pentingnya sokongan sosial keluarga, rakan-rakan dan guru ditingkatkan. Ini akan membantu golongan pelajar sejahtera dari emosi dan psikologikal mereka.

ABSTRACT

Students among teenagers is the one who will inherit and lead our country in the future. There are an asset for our country that will maintain the prosperity of our economic, social and national politics. However recently, there a lot of depression issues facing by students, especially among teenagers. Difficulties in social relationships will cause them felt that they don't deserve to be part of the community and they felt guilty in whatever they do. This is the symptom of having depression. Therefore, the objective of this study is to examine the level of depression and the level of social support. This study also aim to measured the relationship between social support and depression among students. The study was conducted by using quantitative method. Data were collected by survey and using questionnaire Perceived Social Support Scale (PSS) and the Beck Depression Inventory (BDI). In addition, the survey was conducted to 127 students among form six at the Pontian college, Johor. Collected data sets were analysed by Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). The results showed that social support had a significant relationship with depression. The finding from this study will help relavant parties to improve the health and well-being among students and to reduce the depression among students. The finding indicated that the social support from family, friend and teachers need to be improved. This can help student to achieve their emotional and psychological well-being.
Keywords: student, social support, depression, College form six Pontian, quantitative study.

 

Published
2020-04-27
How to Cite
Mahpis, N. S., & Md Akhir, N. (2020, April 27). Hubungan Sokongan Sosial terhadap Kemurungan dalam Kalangan Pelajar. Jurnal Wacana Sarjana, 4(2), 1 - 10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/269