Pemetaan Aset dan Penglibatan Komuniti dalam Pelancongan di Kilim dan Makam Mahsuri, Langkawi

(Asset Mapping and Community Participation in Tourism in Kilim and The Mahsuri Tomb, Langkawi)

  • Nor Syafawani Nordin Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Habibah Ahmad Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: aset pelancongan, penglibatan, impak, komuniti, Pulau Langkawi

Abstract

Sektor pelancongan telah mengalami pertumbuhan yang berterusan dan menjadi salah satu sektor ekonomi yang paling berkembang pesat pada masa kini. Aset pelancongan merupakan elemen penting dalam industri pelancongan. Terdapat beberapa elemen aset pelancongan di sesebuah destinasi seperti tarikan, ketersampaian, kemudahan, pakej pelancongan, aktiviti pelancongan dan perkhidmatan sampingan. Kawasan kajian adalah di Kilim Karst Geopark dan Makam Mahsuri yang merupakan salah satu kawasan dalam Daerah Langkawi, Kedah. Makalah ini bertujuan untuk mengenalpasti aset pelancongan yang terdapat di Kilim dan Makam Mahsuri, mengenalpasti tahap penglibatan komuniti dalam pelancongan dan menganalisis impak penglibatan komuniti dalam pelancongan di Kilim dan Makam Mahsuri. Kajian ini menggunakan teknik persampelan bertujuan dan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan borang soal-selidik yang diedarkan kepada 70 orang komuniti Kilim dan Makam Mahsuri mendapati bahawa terdapat kepelbagaian aset di Kilim dan Makam Mahsuri. Hasil kajian juga mendapati tahap penglibatan komuniti dalam pelancongan pada tahap sederhana dan impak yang positif terhadap ekonomi, sosial dan persekitaran. Akhir sekali, sektor pelancongan di Kilim dan Makam Mahsuri memberi kesan positif kepada komuniti setempat seperti meningkatkan pendapatan, komunikasi, kemahiran sekaligus memajukan kawasan tersebut.

ABSTRACT

The tourism sector has been steadily growing and has become one of the most expanding economic sectors in the world nowadays. Tourism assets are an important element in the tourism industry. There are several elements of tourism assets in destinations such as attractions, services, facilities, travel packages, tourism activities and ancillary services. The study area comprised Kilim Karst Geopark and Mahsuri Tomb, located in the Langkawi District of Kedah. This paper aims to identify the tourism assets available in Kilim and Mahsuri Tombs, to identify the level of community involvement in tourism and to analyze the impact of community involvement in tourism in Kilim and Mahsuri Tombs. This study uses purposive sampling techniques and quantitative methods using a questionnaire distributed to 70 Kilim, and Mahsuri Tombs community. The findings show that there is a diversity of assets in Kilim and Mahsuri Tombs. The findings also found that the level of community involvement in tourism at a moderate level and a positive impact on the economy, the social and the environment. Finally, the tourism sector in Kilim and Mahsuri Tombs has a positive impact on local communities such as increasing income, communication, skills and developing the area.
Keywords: tourism assets, involvement, impact, community, Langkawi Island.

Published
2020-04-27
How to Cite
Nordin, N. S., & Ahmad, H. (2020, April 27). Pemetaan Aset dan Penglibatan Komuniti dalam Pelancongan di Kilim dan Makam Mahsuri, Langkawi. Jurnal Wacana Sarjana, 4(2), 1-13. Retrieved from http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/272