Sikap Bahasa terhadap Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Melayu Singapura

(Language Attitudes towards Malay Language among The Singaporean Malay Students)

  • Ammar Asyraf Mansor Program Pengajian Bahasa Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Sa’adiah Ma’alip Program Pengajian Bahasa Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Sosiolinguistik, sikap bahasa, penggunaan bahasa, bahasa Melayu, Melayu Singapura

Abstract

Kajian ini meneliti secara empirikal sikap bahasa, pemilihan serta penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Melayu di Singapura. Selain itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti serta meniliti faktor-faktor pelajar Melayu di Singapura tidak memilih dan menggunakan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Kajian ini turut dijalankan untuk melihat sifat keprihatinan serta kepekaan pelajar terhadap langkah-langkah inisiatif yang wujud dipersekitan mereka. Ini disebabkan pelajar Melayu di Singapura pada abad ini jarang menggunakan bahasa Melayu sebagai alat untuk berinteraksi. Oleh demikian kajian ini dapat menyedarkan para pelajar serta memberi sumbangan dalam bentuk maklumat kepada kementerian pendidikan di Singapura. Pengkaji menjalankan kajian di Singapura dengan berpandukan kepada ulasan kosa ilmu daripada pengkaji-pengkaji terdahulu. Penelitian terhadap sikap bahasa ini memanfaatkan pendekatan aspek sosiolinguistik. Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dalam kajian ini. Untuk itu, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik iaitu dengan mengedarkan sebanyak 120 borang soal selidik untuk diisikan oleh pihak responden berumur dalam lingkungan 13 hingga 25 tahun ke atas. Kaedah pemerhatian dan juga kaedah rakaman turut digunakan ketika temu bual berlangsung. Manakala data pula dianalisis menggunakan program SPSS untuk menguji kesignifikan objektif yang telah dibentuk. Hasil kajian mendapati bahawa sikap bahasa terhadap bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Melayu Singapura adalah berbeza-beza mengikut angkubah-angkubah yang telah ditetapkan. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden mempunyai sikap bahasa yang positif terhadap bahasa Melayu. Sikap bahasa yang positif ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mendapat tempat dan kedudukan yang tinggi dalam kalangan pelajar bangsa Melayu di Singapura.

ABSTRACT

This empirical study examined the language attitudes, the selection and the use of Malay language among Malay students in Singapore. In addition, this study was conducted to identify and examine the factors of Malay students in Singapore for not choosing and using the Malay language as a communication tool. This study was also conducted to examine their concern and sensitivity on the existing initiatives taken by the government. This is because the Malays in Singapore rarely use Malay language as a tool to interact. This study could also stimulate understanding in students and contribute to the Ministry of Education in Singapore. As a researcher who conducted this case study in Singapore, he took evasive action from previous studies. The approach of this case study has utilised much on social aspect. A quantitative method is used for this study. In addition, 120 questionnaires were completed by the respondents, age range between 13 years to 25 years and above. Observation and recording methods were used while the survey took place. Data was then analyzed using SPSS program to test the significance of the objectives that have been listed. The study found that language attitudes towards Malay language among Malay students in Singapore are varying depending on the variables that have been set. Overall, the findings indicate that most respondents have a positive language attitude towards the Malay language. This positive language attitudes indicate that the Malay language get a high ranking among the Malay students in Singapore.
Keywords: sociolinguistic, language attitudes, language use, language choice, Malay language

 

Published
2020-04-27
How to Cite
Mansor, A. A., & Ma’alip, S. (2020, April 27). Sikap Bahasa terhadap Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Melayu Singapura. Jurnal Wacana Sarjana, 4(2), 1-17. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/275