Hubungan antara Ketagihan Pornografi dan Jenis Trait Personaliti dalam Kalangan Remaja

(Relationship between Pornography and Personality Traits Among Adolescents)

  • Thanuseeyah Varatharajoo Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hilwa Abdullah@ Mohd Nor Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Pornografi, personaliti, pelajar, Cyber Pornography Addiction Test (CYPAT), Pornography Addiction Screening Tool (PAST)

Abstract

Isu ketagihan pornografi dilihat sebagai isu yang semakin berleluasa dalam negara kita dan banyak menimbulkan masalah sosial dalam kalangan remaja. Kajian ini dijalankan dengan objektif untuk mengkaji tentang hubungan antara ketagihan pornografi dalam kalangan remaja dan jenis trait personaliti mereka berdasarkan jantina dan tingkatan. Kajian ini dijalankan ke atas seramai 278 pelajar Sekolah Tinggi Bukit Mertajam yang berumur di antara 13 – 19 tahun. Kajian ini menggunakan kaedah persempelan rawak iaitu teknik rawak mudah yang melibatkan sebanyak 142 pelajar perempuan dan 136 pelajar lelaki. Instrumen kajian, iaitu alat ujian yang digunakan dalam kajian ini ialah alat soal selidik Cyber Pornography Addiction Test (CYPAT) dan Pornography Addiction Screening Tool digunakan (PAST) digunakan secara meluas untuk mengukur tahap ketagihan pornografi dalam kalangan remaja. Alat ujian Big 5 Personality juga digunakan bagi mengukur tahap perubahan personaliti dalam diri remaja. Instrumen kajian ini menggunakan skala lima likert. Soal-selidik terbahagi kepada 3 bahagian iaitu maklumat diri responden, soal mengenai ketagihan pornografi dan personaliti. Data dianalisis menggunakan Min, Korelasi Pearson, ujian–T, ANOVA Sehala dan Regresi. Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa kajian ini amat penting bagi mengetahui masalah sosial iaitu ketagihan pornografi dalam kalangan remaja yang semakin berleluasa dan langkah pencegahan dapat diambil bagi membendung masalah tersebut.

Published
2020-04-27
How to Cite
Varatharajoo, T., & Abdullah@ Mohd Nor, H. (2020, April 27). Hubungan antara Ketagihan Pornografi dan Jenis Trait Personaliti dalam Kalangan Remaja. Jurnal Wacana Sarjana, 4(2), 1- 8. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/277