Mengesan Perubahan Garis Pantai Menggunakan Teknik Geospatial : Kajian Kes Di Selatan Jajaran Pantai Di Daerah Kuala Selangor

  • Shuhana Jamaludin
  • Mokhtar Bin Jaafar

Abstract

ABSTRAK

 

Pemanasan global merupakan isu semasa yang sering dikaitkan dengan aktiviti manusia yang sering mengganggu keseimbangan alam sekitar. Pemanasan global biasanya dikaitkan dengan 2 impak besar iaitu perubahan iklim dan perubahan aras laut. Perubahan garis pantai dikaitkan dengan perubahan aras laut yang menyumbang kepada kejadian hakisan pantai dan juga pemendapan. Bagi mengesan perubahan yang berlaku di sepanjang jajaran pantai di selatan daerah Kuala Selangor, pengkaji menggunakan teknik geospatial berdasarkan aplikasi ArcMap dan ENVI. Hasil kajian mendapati, dalam tempoh 15 tahun kebelakangan, kelihatan banyak berlaku pemendapan dan hakisan di kawasan berkenaan. Hasil daripada pemprosesan imej menggunakan perisian ArcMap dengan mengambil beberapa kawasan yang signifikan, berlakunya hakisan seluas 23.811ha dan pemendapan sejumlah 61.314ha. Hakisan yang berlaku adalah disebabkan oleh pengurangan jumlah pokok bakau dan pemendapan pula berlaku majoritinya disebabkan penambahan pembangunan struktur. Pengawalan zon pinggir pantai adalah perlu bagi mengekalkan kesejahteraan penduduk pinggir pantai serta kelangsungan ekosistem pinggir pantai dapat dikekalkan secara berterusan.

 

Kata kunci: Pemanasan global, perubahan aras laut, geospatial, hakisan, pemendapan

 

ABSTRACT

 

Global warming has always being associated with human activities which disturbs the balance of the environment. Global warming is commonly being associated with 2 main impacts which is climate changes dan sea level changes. Changes in coastal line are being related to impact of sea level rise because of erosion and deposition. This study adopts the geospatial technique through the application of ArcMap and ENVI to detect the changes of the coastal line at Kuala Selangor. Result shows that there are many locations where erosion and deposition happened along the coastal area within the 15 years period. Based on the image analysis using ArcMap, several locations where significant erosion by deposition where identified and calculated. The coastal areas that being eroded was23.811465ha and deposition contributed about 61.313673ha. Erosion can happen due to lack of mangrove plants, whereas the deposition happens because of the development for residency and industries. Coastal zone must be protected to ensure the wellbeing of people living nearby coastal area, the ecosystem and habitat remain save from the impact of sea level rise.

 

Keyword : Gobal warming, sea level changes, geospatial, erosion, deposition

Published
2017-12-30
How to Cite
Jamaludin, S., & Jaafar, M. B. (2017, December 30). Mengesan Perubahan Garis Pantai Menggunakan Teknik Geospatial : Kajian Kes Di Selatan Jajaran Pantai Di Daerah Kuala Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/30