Sosiologi dalam Drama Bulan Belum Kelam Karya Roziah Adama

(Sosiology in Drama Bulan Belum Kelam Work by Roziah Adama)

  • Nurul Marliana Baderol Program Persuratan Melayu Pusat Kajian Kelestarian Dan Kebitaraan Melayu, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nur Afifah Vanitha Abdullah Pusat Kajian Kelestarian Dan Kebitaraan Melayu, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Bulan Belum Kelam merupakan karya Roziah Adama yang mengisahkan dua wanita warganegara Indonesia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan matlamat dan cita-cita mereka tercapai. Sehubungan itu, dengan menggunakan pendekatan sosiologi yang dipelopori oleh Karl Marx, kajian ini bertujuan menjawab persoalan, apakah isu-isu sosial yang disampaikan oleh penulis dalam drama ini? Kajian jenis fundamental dengan rekabentuk kualitatif digunakan bagi menjawab persoalan tersebut. Manakala analisis kandungan dipilih sebagai instrumen kajian utama untuk memperoleh data daripada skrip drama, artikel, jurnal, internet dan kajian lepas. Kertas kerja ini merakamkan dapatan kajian bahawa penulis mengangkat isu sosial dalam masyarakat seperti, kejujuran dalam masyarakat, kepatuhan isteri kepada suami, kasih sayang, masyarakat yang gemar tunjuk-menunjuk, tolong-menolong, kesyukuran, kahwin awal/kahwin muda, budaya melepak, dan masyarakat yang sanggup melakukan perkara yang dilarang untuk mencapai cita-cita. Manakala isu politik adalah tentang dinamik kuasa antara golong pemerintah dan diperintah. Sementara itu, isu ekonomi pula menyentuh tentang kedaifan tempat tinggal dan jenis pekerjaan warga pendatang Indonesia di Malaysia.

ABSTRACT

Bulan Belum Kelam by Roziah Adama is a drama that focuses on social issues among the Indonesian immigrants in Malaysia. This drama won the national literature award for drama category organized by Dewan Bandaraya dan Pustaka in 2013. This drama is presented through two main characters that play a big role in the drama. The sociological approach by Karl Marx is applied to study the types of social issues presented in Roziah Adama’s drama. A fundamental study with a qualitative method is used in this research. Books, magazines, journal articles, internet and past research were the research materials to gather data. From the analysis of the drama Bulan Belum Kelam we acknowledge the major issues appeared in the drama were included the issues in society such as, honesty in society, wife obedience to husband, compassion, show off society, helping each others, gratitude, early marriages, looting culture, and people who are willing to do things that are prohibited to achieve their goals. Political issues are about the dynamics of power between government and governing bodies. In the meantime, economic issues also touch on the poor residence of the immigrants and the type of work of Indonesian immigrants in Malaysia.
Keywords: Bulan Belum Kelam, drama criticism, Roziah Adama, Sociology Approach, script writing

Published
2019-09-30
How to Cite
Baderol, N. M., & Abdullah, N. A. V. (2019, September 30). Sosiologi dalam Drama Bulan Belum Kelam Karya Roziah Adama. Jurnal Wacana Sarjana, 3(3), 1 -10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/301