Kritikan Sosial dalam Skrip Monodrama Menunggu Lampu Hijau Karya Hatta Azad Khan

Social Criticism in Monodrama Script Menunggu Lampu Hijau by Hatta Azad Khan

  • Nur Farhana Amali Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nur Afifah Abdullah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: kritikan sosial, masyarakat Melayu, kritikan drama, poligami, monodrama.

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis kritikan sosial dalam skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau. Karya ini telah dihasilkan oleh Hatta Azad Khan pada tahun 2015. Tema utama karya skrip ini adalah tentang poligami dalam kalangan masyarakat Melayu. Kritikan sosial masyarakat dalam karya seni merupakan salah satu cara dimana seorang pengarang membuat penelitian terhadap sosial kehidupan masyarakat dari persektif sebagai pengarang. Begitu juga dalam kajian ini, objektif atau fokus utamannya adalah bagi mengenal pasti beberapa kritikan sosial masyarakat yang cuba diketengahkan pengarang melalui skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau. Kajian ini hanya menggunakan kaedah kualitatif semata-mata. Oleh demikian hasil dapatan adalah terdapat beberapa kritikan yang dapat ditonjolkan seperti kritikan terhadap masyarakat yang menyalahgunakan poligami,  kritikan terhadap lelaki yang tidak bertanggungjawab, kritikan terhadap wanita bekerjaya yang tidak jalankan tanggungjawab dalam rumahtangga, kritikan terhadap masyarakat yang memandang serong kepada golongan ibu tunggal atau janda, kritikan terhadap masyarakat yang tidak menitikberatkan agama dalam kehidupan dan kritikan terhadap masyarakat yang sering mencampuri hal orang lain. Secara amnya kesemua kritikan sosial terhadap masyarakat yang dibincangkan dalam kajian ini pada asasnya adalah berlandaskan daripada teori sosiologi sastera.

Kata kunci: kritikan sosial, masyarakat Melayu, kritikan drama, poligami, monodrama.

 

ABSTRACT

The aim of this paper is to analyses about the social criticism in monodrama script Menunggu Lampu Hijau. This script is one of literature writing that was written by Hatta Azad Khan in 2015. The main theme of this script is about polygamy among the Malay society. The social criticism of the society in the literature work is one way of how the author made his observation on the society’s social life based on the perspective of an author. Also on this study, the main objective and focus are to identify some social criticism of the society that was highlighted by the author on monodrama script Menunggu Lampu Hijau. Qualitative method was used in this study. The study found that there are a lot of criticism in the script. The criticism written are towards people who misused the rights to practice polygamy, irresponsible men, irresponsible women in household matter, society who looks down on single mothers and divorcee, people who does not practice religion wholefully also, towards people who loves to interfere in others lives. In conclusion, all the social criticism that was discussed in this paper are based on sociology of literature theory.  

Keywords: social criticism, Malay society, drama criticism, polygamy, monodrama.

Published
2020-06-30
How to Cite
Amali, N. F., & Abdullah, N. A. (2020, June 30). Kritikan Sosial dalam Skrip Monodrama Menunggu Lampu Hijau Karya Hatta Azad Khan. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1-12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/307