Semiotik Dalam Skrip Monodrama Menunggu Lampu Hijau Karya Hatta Azad Khan

Semiotics in a Monodrama Waiting for the Green Light by Hatta Azad Khan

  • Maizatul Najwa Abu Bakar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nur Afifah Vanitha Abdullah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: kritikan sastera, drama Melayu, monodrama, semiotik, Hatta Azad Khan

Abstract

Menunggu Lampu Hijau karya Hatta Azad Khan mengisahkan tentang kehidupan poligami oleh seorang lelaki yang beristeri empat. Terdapat banyak unsur perlambangan dan simbolisme pada watak dan struktur gaya bahasa yang digunakan dalam skrip monodrama ini. Sehubungan dengan itu, simbolisme pada watak dan gaya bahasa yang terdapat dalam skrip monodrama ini menjadi fokus perbincangan artikel ini. Oleh itu, skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau adalah bahan utama kajian ini. Objektif utama artikel ini adalah meneliti konsep dan keberkesanan pengaplikasian semiotik pada watak serta struktur gaya bahasa dalam skrip monodrama ini. Data bagi artikel ini diperolehi daripada rekabentuk kajian kualitatif. Dapatan artikel ini adalah, terdapat simbolisme dan perlambangan yang diterapkan oleh pengarang pada watak dan juga pada gaya bahasa yang digunakan seperti alusi, personifikasi, alegori, metafora dan hiperbola. Dalam konteks karya sastera, poligami digambarkan dalam bentuk simbolik yang dimanifestasikan melalui watak utama dalam naskhah ini. Tidak hanya pada watak utama, simbolik poligami ini turut dimanifestasikan terhadap watak sampingan dalam monodrama ini. Seterusnya, pengarang menggunakan struktur gaya bahasa perlambangan dalam mengangkat positifnya perkahwinan poligami. Kesimpulannya, pengarang menggunakan simbolisme dan perlambangan dalam mengutarakan isu sensitif kepada pembaca.

Kata kunci: kritikan sastera, drama Melayu, monodrama, semiotik, Hatta Azad Khan.

ABSTRACT

Waiting for the Green Light by Hatta Azad Khan tells of the life of polygamy by a man of four wives. There are many elements of symbolism and symbolism in the language style and structure used in this monodrama script. Accordingly, the symbolism of the characters and the style of language contained in this monodrama script is the focus of this article's discussion. Therefore, the monodrama script for the Green Lights is the main source of this study. The main objective of this article is to examine the concept and effectiveness of semiotic application of character and language style structure in this monodrama script. The data for this article is derived from qualitative research design. The findings of this article are that there are symbolism and symbolism applied by the author to the character as well as to the style of language used such as allusion, personification, allegory, metaphor and hyperbole. In the context of literary works, polygamy is represented in a symbolic form that is manifested through the main characters in this manuscript. Not only in the main character, this polygamous symbolism is also manifested in the side characters in this monodrama. Next, the author uses the linguistic structure of the symbolic language in positively promoting polygamous marriage. In conclusion, the author uses symbolism and symbolism in presenting sensitive issues to the reader.

Keywords: literary criticism, Malay drama, Monodrama, semiotic, Hatta Azad Khan

Published
2020-06-30
How to Cite
Abu Bakar, M. N., & Abdullah, N. A. V. (2020, June 30). Semiotik Dalam Skrip Monodrama Menunggu Lampu Hijau Karya Hatta Azad Khan. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1 -10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/308