Naratologi dan Genre Seram dalam Karya Tok Awang Ngah

(Narratology and Horror Genre in Tok Awang Ngah’s Works)

  • Che Ahmad Firdaus Mat Zin Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mawar Safei Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Naratologi, Genre Seram, Sastera Melayu, Tok Awang Ngah, , Dharmala N.S

Abstract

ABSTRAK

Dharmala N.S sebagai penulis cerpen turut menghasilkan karya genre seram khasnya dalam dekad 80-an dan 90-an dengan nama samaran Tok Awang Ngah. Genre seram sebelum ini bergerak dari khazanah cerita lisan kesusasteraan Melayu tradisional. Antara cerita seram yang digubah Tok Awang Ngah dan ditumpukan dalam kajian ini ialah Berkelahi dengan Syaitan (1986), Berlawan dengan Syaitan (1996), Pengasih Minyak Cenuai (1997), Gadis Dinodai Jin (1986) dan Godaan Syaitan (1992). Metodologi yang digunakan untuk analisis adalah melalui kajian kepustakaan. Rungkaian genre seram ini bertujuan untuk meneliti teknik dan strategi naratif yang digunakan Tok Awang Ngah sehingga karya berkenaan dikelompokkan sebagai genre seram. Teknik yang dimaksudkan melibatkan plot, gaya bahasa, latar, sudut pandangan dan watak perwatakan. Menerusi kerangka naratologi yang diajukan Mieke Bal, segala teknik ini dilanjutkan dalam perbincangan strategi naratif. Penemuan kajian ini dapat mengenalpasti teknik dan strategi naratif yang digunakan Tok Awang Ngah dalam berkarya. Antara strategi naratifnya adalah menerusi plot yang kronologi, menggunakan dua sudut pandangan, memanfaatkan bahasa asing, latar alam ghaib dan watak pengamal perubatan tradisional. Implikasi kajian ini dapat mengimbangkan tanggapan umum terhadap genre cerita seram yang selama ini rata-rata diterima sebagai picisan dan popular. Karya Tok Awang Ngah dapat memperjelas genre ini khususnya dalam konteks kesusasteraan Melayu.

Kata kunci: Naratologi, Genre Seram, Sastera Melayu, Tok Awang Ngah, Dharmala N.S.

                                                                             

ABSTRACT

Dharmala N.S. as a short story writer also known as Tok Awang Ngah, produced works in the horror genre, especially in the 80s and 90s. The horror genre is moving from the realm of oral stories in the context of traditional Malay literature. Among the horror stories that Tok Awang Ngah compiled and focused on this study are Berkelahi dengan Syaitan (1986), Berlawan dengan Syaitan (1996), Pengasih Minyak Cenuai (1997), Gadis Dinodai Jin (1986) and Godaan Syaitan (1992). The methodology used for analysis is through library research. The horror genre is to examine the narrative techniques and strategies used by Tok Awang Ngah. The techniques involve plot, language style, background setting, point of view and character. Through Mieke Bal's narratology framework, all of these techniques are advanced in the discussion of narrative strategies. The findings obtained through this study can identify the techniques and narrative strategies used by Tok Awang Ngah in his work. Some of the narrative strategies used are through chronological plots, using two viewpoints, foreign languages, supernatural backgrounds, and traditional medicine practitioners. The implication of this study is to balance the general response to the horror story genre that has traditionally been accepted as a non-profit genre.

Keywords: narratology, horror genre, Malay literature, Tok Awang Ngah, Dharmala N.S

 

Published
2020-06-30
How to Cite
Mat Zin, C. A. F., & Safei, M. (2020, June 30). Naratologi dan Genre Seram dalam Karya Tok Awang Ngah. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1-12. Retrieved from http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/311