Analisis Wacana Kritis Bahasa Dan Kuasa: Kepimpinan dan Permuafakatan

(Critical Discourse Analysis of Language and Power: Leadership and Collaboration)

  • Farzana Adnan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Suziana Mad Saad Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: bahasa, wacana, analisis wacana kritis, kepimpinan, permuafakatan

Abstract

ABSTRAK

Bahasa bukan sahaja dilihat sebagai sebuah komunikasi malahan pengaruh yang dibawanya. Makalah ini meneliti tentang bagaimanakah wacana ucapan menjadi penghubung antara dua buah parti besar di Malaysia iaitu UMNO dan PAS bagi membentuk sebuah permuafakatan. Di samping itu, penulisan ini dilaksanakan adalah untuk melihat sejauhmanakah sebuah wacana dapat membentuk penyatuan dan meraih kepercayaan dalam kalangan pendengarnya.  Penelitian dilakukan berlandaskan analisis wacana kritis iaitu kerangka yang dapat membantu menghuraikan dan memahami penggunaan bahasa dalam sesebuah wacana. Kaedah deskriptif kualitatif bagi menganalisis data. Data yang digunakan adalah teks ucapan yang disampaikan oleh Presiden Parti UMNO Yang Behormat Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan oleh Presiden Parti PAS iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang semasa berlangsungnya Himpunan Penyatuan Ummah UMNO-PAS. Kajian analisis wacana dijalankan dengan melihat kepada dua bentuk dimensi iaitu sifat kewacanaan dan ciri tekstual melalui analisis linguistik. Kajian dimensi kewacanaan memaparkan struktur generik teks pengucapan yang memperlihatkan orientasi dan sifat kepimpinan pemimpin UMNO dan PAS. Seterusnya, kajian turut melibatkan ciri-ciri tekstual yang diberikan penekanan dan pemerhatian terhadap proses leksikalisasi bagi melihat unsur-unsur yang tersirat dan tersurat yang terkandung dalam sesebuah wacana.

Kata kunci: bahasa, wacana, analisis wacana kritis, kepimpinan dan permuafakatan.

ABSTRACT

Language is not only seen as communication but also the influence it brings. This article analyses how speech discourse serves as a link between two major parties in Malaysia, PAS and UMNO to form a united front. In addition, this writing is intended to see how much a discourse can form an unifying and gaining trust among the listeners. The influence of leadership brought by both parties played a major role in expanding its influence and power. This research is based on critical discourse analysis which is a framework that can help to explain and understand the use of language in a given discourse. Qualitative descriptive methods were used to analyze the data. The data used was the text of the speeches delivered by UMNO party President Yang Behormat Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi and also by PAS, Tuan President Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang during the UMNO-PAS Ummah Unification Assembly. The discourse analysis study is conducted by looking at two dimensions of the nature of literacy and textual features through linguistic analysis. The study of dimensions of authorship reveals a generic structure of the text of the speech that shows the orientation and leadership nature of UMNO and PAS leaders. Further, the study also involved textual features that emphasized and observed the lexicalization process in order to look at the implicit and explicit elements contained in a discourse.

Keywords: language, discourse, critical discourse analysis, leadership and unitification

Published
2020-06-30
How to Cite
Adnan, F., & Mad Saad, S. (2020, June 30). Analisis Wacana Kritis Bahasa Dan Kuasa: Kepimpinan dan Permuafakatan. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1 -18. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/320