Pengaruh Faktor Motivasi Terhadap Prestasi Kerja

(The Influence of Motivator Factors on Work Performance)

  • Nazrin Zulkafli Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Maizatul Haizan Mahbob Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Motivasi kerja, prestasi kerja, faktor pencapaian, faktor pengiktirafan, faktor peningkatan diri

Abstract

ABSTRAK

 

Bagi menganalisis pengaruh faktor motivasi intrinsik terhadap prestasi kerja, kajian ini telah menggariskan beberapa objektif iaitu untuk mengkaji pengaruh faktor motivasi dari aspek pencapaian ke atas prestasi kerja, mengkaji pengaruh faktor motivasi dari aspek pengiktirafan ke atas prestasi kerja dan juga mengkaji pengaruh faktor motivasi dari aspek peningkatan diri ke atas prestasi kerja. Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini ialah faktor motivasi intrinsik yang terdiri daripada aspek pencapaian, pengiktirafan dan juga peningkatan diri. Manakala bagi pemboleh ubah bersandar ialah prestasi kerja. Bagi mencapai kesemua objektif tersebut, kaedah survei dijalankan ke atas kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek pencapaian memberi pengaruh signifikan yang paling besar terhadap prestasi kerja. Ini diikuti faktor peningkatan diri. Bagaimanapun faktor pengiktirafan tidak mempengaruhi prestasi kerja. Implikasi kajian kepada teori menunjukkan bahawa Teori Dua Faktor Herzberg iaitu faktor motivator masih lagi relevan kerana setiap pekerja memerlukan faktor tersebut untuk memastikan prestasi mereka berada dalam keadaan yang baik di sepanjang tempoh mereka bekerja. 

Kata Kunci: Motivasi kerja, prestasi kerja, faktor pencapaian, faktor pengiktirafan, faktor peningkatan diri

 

ABSTRACT 

To analyze the influence of intrinsic motivational factors on work performance, this study has outlined several objectives, namely to study the influence of motivational factors in terms of work performance, to examine the influence of motivational factors in terms of recognition on work performance and also to examine the influence of motivational factors in terms of self-improvement on work performance. The independent variables in this study were the intrinsic motivational factors which include achievement, recognition and self-improvement. Whereas the dependent variable is work performance. To achieve these objectives, a survey was conducted on the staff of the Jalan Duta Inland Revenue Board, Kuala Lumpur. The results show that the aspect of achievement has the greatest impact on work performance. This is followed by self-promotion factors. However recognition factors do not affect work performance. The implications of the study in terms of theory suggest that Herzberg's Two Factors Theory of the motivator factor is still relevant because every employee needs that factor to ensure their performance throughout their career.

Keywords: Job motivation, work performance, achievement, recognition, self-promotion

 

Published
2020-06-30
How to Cite
Zulkafli, N., & Mahbob, M. H. (2020, June 30). Pengaruh Faktor Motivasi Terhadap Prestasi Kerja. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1 -11. Retrieved from http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/321