Cabaran Dan Pengalaman Adaptasi Antarabudaya Dalam Kalangan Pelajar Mobiliti Asean

(The Challenges And Intercultural Adaptation Experience Among ASEAN Mobility Students)

  • Nur Emieza Saleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdul Latiff Ahmad Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Cabaran, Pengalaman, Adaptasi Antarabudaya, Pelajar Mobiliti, ASEAN.

Abstract

ABSTRAK

Kajian ini adalah bagi mengkaji cabaran dan pengalaman adaptasi antarabudaya dalam kalangan pelajar mobiliti ASEAN di UKM, pengkaji telah menggariskan beberapa objektif kajian, iaitu untuk mengkaji kemampuan pelajar mobiliti ASEAN dalam mengadaptasi budaya dan kehidupan seharian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan menganalisis persepsi dan penerimaan pelajar mobiliti ASEAN terhadap budaya masyarakat Malaysia. Teori yang diaplikasikan bagi kajian ini ialah Model Keluk-U yang mengetengahkan empat (4) fasa iaitu bulan madu, kejutan budaya, pemulihan pelarasan. Kaedah perbincangan kumpulan fokus telah digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab objektif kajian ini. Implikasi kajian kepada model ini menunjukkan proses dinamik yang sejajar dengan proses pengadaptasian dan negara yang dilawati juga memainkan peranan dalam proses ini. Kajian ini telah menunjukan bahawa pengalaman antarabudaya mampu memberikan kesan yang positif kepada individu yang melaluinya dalam masa yang singkat sungguhpun menghadapi pelbagai cabaran.

Kata kunci: Cabaran, Pengalaman, Adaptasi Antarabudaya, Pelajar Mobiliti, ASEAN.

ABSTRACT

This research focuses on the challenges and experiences of intercultural adaptation among ASEAN mobility students in UKM, the researcher has outlined several objectives of the study, which are the ability of ASEAN mobility students to adapt to the culture and daily life in the National University of Malaysia (UKM) and to analyze ASEAN mobility students' perceptions and acceptance to the culture of Malaysian society. The theory applied to this study is the U-Curve Model which highlights four (4) phases; honeymoon, culture shock, adjustment and mastery. Focus group discussion methods were used to obtain information to achieve the objectives of this study. The implications of the study on this model show that the dynamic processes in line with the adaptation process and the country visited also play a part in this process. This study has shown that cross-cultural experience can have a positive effect on individuals who pass through it in the term despite various challenges.

Keywords: Challanges, Experience, Intercultural Adaptation, Mobility Students, ASEAN.

Published
2020-06-30
How to Cite
Saleh, N. E., & Ahmad, A. L. (2020, June 30). Cabaran Dan Pengalaman Adaptasi Antarabudaya Dalam Kalangan Pelajar Mobiliti Asean. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1 - 8. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/323