Permintaan Pelancong Belia Terhadap Ipoh Sebagai Destinasi Pelancongan Geopark Kebangsaan

(Demand of Youth Tourists For Ipoh As A National Geopark Tourism Destination)

  • Fatin Nur Izzati Mohd Nizam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Habibah Ahmad Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: geopark, gelagat, pelancong belia, pengalaman, permintaan

Abstract

ABSTRAK

Kedudukan Ipoh di Lembah Kinta yang mempunyai pelbagai warisan sejarah dari aspek perlombongan, sejarah geologi dan kepelbagaian landskap semulajadi telah membuka laluan bagi Ipoh untuk menjadi salah satu destinasi geopelancongan yang boleh dimahsyurkan di kalangan pelancong terutamanya di kalangan belia. Pelancong belia mempunyai satu segmen pelancong yang signifikannya boleh dikembangkan malah turut berpotensi sebagai satu kepentingan yang boleh dijadikan sebagai satu penjanaan bagi peningkatan sektor pelancongan negara untuk lebih maju kehadapan. Kajian ini berfokuskan kepada gelagat pelancong belia, penggunaan dan pengalaman pelancong belia terhadap kawasan Ipoh sebagai destinasi geopark.   Data untuk kajian ini dikumpulkan melalui edaran borang soal selidik di kawasan geopark yang dipilih di Ipoh iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang dan Taman Eko-Rimba Kledang Saiong. Hasil kajian mendapati kebanyakan pelancong belia berpuas hati dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Kajian ini mencadangkan pihak berkepentingan untuk mengkaji semula lokasi geopark yang perlu diurus agar boleh digunakan oleh pelancong, malahan promosi bagi lokasi geopark ini perlu diua-uarkan dengan lebih lagi pada pelbagai medium.  

Kata kunci: geopark, pelancong belia, cirian, permintaan, Ipoh

ABSTRACT

The location of Ipoh in the Kinta Valley that has a history of mining, geological history and natural landscape have paved the way to become one of the most sought destinations among tourists especially among the youth tourists. Youth tourism has a significant segment of tourism that can be expanded and potentially can serve as one of the country’s tourism sector to move forward. This study focuses on the youth tourists’ behaviour, the use and experience of youth tourists on Ipoh as a national geopark tourism destination.    Data for this study were collected through questionnaires distributed in the selected geopark destinations which are Gunung Lang Recreational Park and Kledang Saiong Forest Eco Park. The results showed that most youth tourists are satisfied with the services and facilities provided. This study suggests the stakeholders to review others geopark locations that need to be maintained so that it can be used by tourists, not just that the promotion of these geopark locations should be more widely disseminated on various mediums.

 Keywords: geopark, youth tourists, characterizing, demand, Ipoh

Published
2020-06-30
How to Cite
Mohd Nizam, F. N. I., & Ahmad, H. (2020, June 30). Permintaan Pelancong Belia Terhadap Ipoh Sebagai Destinasi Pelancongan Geopark Kebangsaan. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1 - 14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/325