Pencelahan dalam Mesyuarat di Tempat Kerja

(Interruptions in Workplace Meetings)

  • Nurul Amira Sabri Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Tan Kim Hua Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: pencelahan, mesyuarat, pekerjaan, koperatif, mengganggu

Abstract

ABSTRAK

 

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pencelahan yang berlaku semasa mesyuarat di tempat kerja. Pencelahan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pencelahan koperatif dan pencelahan yang mengganggu. Pencelahan koperatif boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu persetujuan, bantuan dan pencerahan manakala pencelahan yang mengganggu boleh dibahagikan kepada tiga jenis juga, iaitu pencelahan disebabkan ketidaksepakatan, peralihan penghujah dan turutan berbicara, serta perubahan topik. Tujuan kajian ini adalah untuk menjawab tiga persoalan iaitu pertama, untuk mengenal pasti jenis pencelahan yang berlaku semasa mesyuarat di tempat kerja; kedua, untuk mengenal pasti kekerapan pencelahan dan ketiga, untuk menyiasat alasan pencelahan itu berlaku dalam sesuatu mesyuarat. Dapatan kajian ini mengesahkan bahawa terdapat dua kategori utama iaitu pencelahan koperatif dan pencelahan yang mengganggu, di mana pencelahan koperatif berlaku dengan lebih kerap. Analisis data menunjukkan bahawa terdapat enam alasan mengapa pencelahan berlaku dalam sesuatu mesyuarat. 

Kata kunci: pencelahan, mesyuarat, pekerjaan, koperatif, mengganggu

 

ABSTRACT

The aim of this study is to investigate the interruptions in workplace meetings. Interruptions can be divided into two categories. cooperative and intrusive. Cooperative interruptions can be subdivided into three types which are agreement, assistance and clarification, while intrusive interruptions can be subdivided into three types also which are disagreement, floor taking and topic change. This study seeks to answer three research questions which are firstly to identify the types of interruption that occur in workplace meetings; secondly to identify the frequency of occurrences of the different types of interruptions, and thirdly to investigate the reasons for such interruptions in workplace meetings. The findings confirmed that there are two main categories of interruptions which are cooperative and intrusive, with the cooperative types occurring more frequently. Analysis of data showed that there are six reasons for such interruptions occurring in workplace meetings.

Keywords: interruptions, meetings, workplace, cooperative, intrusive

Published
2020-06-30
How to Cite
Sabri, N. A., & Kim Hua, T. (2020, June 30). Pencelahan dalam Mesyuarat di Tempat Kerja. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1 - 9. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/328