Niat Menunggang Motosikal Dengan Berisiko Dalam Kalangan Belia: Satu Kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia

(Risky Riding Intention Among Youth: A Case Study of the National University of Malaysia)

  • Vikneswaran Ramalingam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Arina Anis Azlan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Sikap Menunggang, Mencari Sensasi, Menunggangan Dengan Berisiko, Berdaya Saing, Niat

Abstract

Isu kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal di Malaysia semakin meningkat di mana sebanyak 41,857 kes dilaporkan antara tahun 2008 hingga 2017. Justeru, jika tiada apa yang dilakukan untuk mengurangkan atau membendung kematian motosikal di Malaysia, angka itu mungkin terus meningkat pada masa akan datang. Kajian ini membahaskan tentang niat menunggang motosikal dengan berisiko dalam kalangan belia Universiti Kebangsaan Malaysia. Teori tingkah laku terancang mengandaikan bahawa tiga faktor utama menyumbang kepada niat dan tingkah laku iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku. Seramai 253 responden telah mengambil bahagian dalam soal selidik yang telah diedarkan dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Analisis regresi berganda telah dijalankan bagi mengenalpasti faktor penyumbang utama kepada niat tingkah laku menunggang motosikal dengan berisiko. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap agresif, berdaya saing, mencari sensasi dan aspek kawalan penuh mempengaruhi niat belia untuk menunggang dengan berisiko. Kajian ini mencadangkan bahawa niat menunggang dengan berisiko perlu dibendung dan sistem sokongan sosial boleh dimanfaatkan untuk membendung kelakuan ini. Kajian ini juga mencadangkan bahawa strategi untuk menangani tingkah laku penunggang dalam konteks sosial yang lebih besar boleh menjadi tambahan berguna kepada keselamatan motosikal masa depan atau inisiatif latihan penunggang motosikal. Dinamik sosial penunggang motosikal, dalam konteks keselamatan jalan raya, adalah bidang yang perlu dikaji dengan lebih mendalam. Penyelidikan dalam bidang ini boleh membawa kepada pendekatan baru untuk mempromosi keselamatan motosikal yang berkesan menggabungkan aspek psikologi dan sosiologi penunggang.

Kata kunci: Sikap Menunggang, Mencari Sensasi, Menunggangan Dengan Berisiko, Berdaya Saing, Niat

ABSTRACT

Road accidents involving motorcycle riders in Malaysia are increasing with 41,857 cases reported between 2008 and 2017. In fact, if nothing is done to reduce or curb motorcycle deaths in Malaysia, that number may continue to rise in the future. This study examines the intention to participate in risky riding among youths at the National University of Malaysia. The theory of planned behavior assumes that there are three main factors that contribute to intentions: attitudes, subjective norms and perceived behavioral control. A total of 253 respondents participated in the questionnaire distributed among students at the National University of Malaysia. A multiple regression analysis was performed to identify the major contributing factors to risky riding behavior. The results show that aggressive attitude, competitiveness, sensation seeking and total control all influence youth’s intention to participate in risky riding. This study suggests that risky riding intention should be curtailed and a social support system can be implemented to curb this behavior. This study also suggests that strategies for addressing rider behavior in a larger social context may be useful additions to future motorcycle safety or rider training initiatives. The social dynamics of motorcyclists, in the context of road safety, are areas that clearly need more research. Research in this area can provide the key to developing new approaches to promote motorcycle safety that effectively integrates the psychological and sociological aspects of rider.

Keywords: Riding Attitude, Sensation Seeking, Risky Driving Behaviour, Competitive, Intention

 

Published
2020-09-30
How to Cite
Ramalingam, V., & Azlan, A. A. (2020, September 30). Niat Menunggang Motosikal Dengan Berisiko Dalam Kalangan Belia: Satu Kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 4(4), 1 -12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/334