Adaptasi Pelajar Wanita Melayu Di United Kingdom

(The Exploration of Adaptation of Malay Women in United Kingdom)

  • Alia Nadhirah Hisham UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Abdul Latiff Ahmad Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Adaptasi, Penyesuaian Semula, Wanita Melayu, United Kingdom, Model Lekuk-W

Abstract

Terdapat peningkatan terhadap bilangan para pelajar yang melanjutkan pengajian mereka ke luar negara. Fenomena ini secara tidak langsung dapat memberi peluang yang besar dalam meningkatkan kebolehpasaran diri dan kemampuan yang tinggi untuk mempelajari dan menerima budaya baru. Namun begitu, proses untuk melanjutkan pelajaran ke negara asing ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi sesetengah pelajar disebabkan oleh beberapa faktor peribadi, persekitaran dan budaya. Kajian ini dijalankan bagi meneroka proses adaptasi wanita Melayu yang pernah melanjutkan pelajaran di United Kingdom, serta proses penyesuaian semula setelah kembali ke Malaysia. Pengkaji telah memilih Model Lekuk-W oleh Gullahorn dan Gullahorn (1963) untuk meneliti setiap cabaran dan proses adaptasi dengan lebih mendalam. Model bermula daripada fasa bulan madu, fasa kejutan budaya, fasa penyesuaian, fasa pengasingan mental, dan akhir sekali fasa penerimaan dan integrasi. Bagi memastikan data yang diperolehi itu sah dan relevan, sesi temu bual mendalam yang melibatkan lima (5) orang wanita Melayu telah dijalankan. Berdasarkan jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh informan, dapat dibuktikan bahawa kesemua pelajar wanita Melayu di dalam kajian ini telah berjaya melalui proses adaptasi semasa melanjutkan pelajaran di United Kingdom, walaupun menghadapj kesukaran atau cabaran dari aspek akademik, sosial dan agama. Begitu juga dengan proses penyesuaian setelah pulang ke tanah air, informan tidak mengalami sebarang kesukaran untuk beradaptasi dengan budaya asal mereka. Pembinaan hubungan dengan komuniti Malaysia dan pengekalan dalam mengamalkan budaya Melayu semasa menetap di luar negara selama tiga tahun telah menyebabkan mereka tidak mengalami kejutan budaya terbalik. Melalui kajian ini juga, pelajar tidak mengalami sebarang serangan yang berbentuk Islamofobia daripada masyarakat tempatan. Malah, pelajar wanita Melayu mempunyai hubungan yang baik dengan mereka. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa penghijrahan pelajar wanita Melayu ini telah memberi impak yang positif kepada diri mereka.

Kata Kunci: Adaptasi, Penyesuaian Semula, Wanita Melayu, United Kingdom, Model Lekuk-W

 

ABSTRACT

The trend of studying overseas has increased in recent years. This phenomenon brings great opportunity towards successful self-employability and the ability to embrace new cultures. However, the process can be challenging and full of conundrums for some students due to personal, environmental and cultural factors. This study aims to explore the adaptation process of Malay women who studied in the United Kingdom, as well as their adjustment process when returning to Malaysia. The researcher had chosen the W-Curve Model by Gullahorn and Gullahorn (1963) to deeply explore their challenges and adaptation process thoroughly. The model focuses on the early stage (honeymoon phase), culture shock phase, initial adjustment stage, mental isolation phase and lastly, acceptance and integration phase. To ensure that the data collected was valid and reliable, an in-depth interview was conducted, consisting of five (5) Malay women. Analysis of the informants’ answers demonstrated that every Malay woman in this study had successfully undergone the intercultural adaptation while studying in the United Kingdom despite the challenges they faced in terms of academic, social and religious. Same goes for the adjustment stage upon their return to the homeland, informants did not find it hard to adapt to their original culture due to high engagement with Malaysian communities and cultures while living abroad for at least three (3) years. It is discovered in this research that students did not encounter any major Islamophobic attack from locals and they even had a good relationship with them. All in all, the intercultural adaptation journey that the Malay women went through give positive impacts for them.

Keywords: Adaptation, Adjustment Process, Malay Women, United Kingdom, W-Curve Model

Published
2020-09-30
How to Cite
Hisham, A. N., & Ahmad, A. L. (2020, September 30). Adaptasi Pelajar Wanita Melayu Di United Kingdom. Jurnal Wacana Sarjana, 4(4), 1 -10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/340