Peranan Ketidakpuasan Imej Badan, Kemurungan Dan Indeks Jisim Badan Dalam Kecelaruan Gaya Pemakanan Dalam Kalangan Wanita Berkahwin Dan Tidak Berkahwin Di Malaysia.

(The Role of Body Image Dissatisfaction, Depression and Body Mass Index in Nutritional Styles Among Married and Unmarried Women in Malaysia)

  • Sangheetha Ravi Chandran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Kecelaruan gaya pemakanan merupakan antara kecelaruan yang sangat berbahaya dan boleh mendatangkan banyak komplikasi dan sekiranya tidak dirawat boleh mendatangkan kematian. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti perbezaan ketidakpuasan imej badan, kemurungan, indeks jisim badan (BMI) dan kecelaruan gaya pemakanan berdasarkan status perkahwinan wanita di Malaysia dan mengkaji hubungan antara ketidakpuasan imej badan dan kecelaruan gaya pemakanan dalam kalangan wanita di Malaysia. Alat ujian Multidimensional Body Self Relations Questionnare- Appearance Scale digunakan untuk mengukur ketidakpuasan imej badan, Beck Depression Inventory digunakan untuk mengukur kemurungan dan The Eating Attitude Test digunakan untuk mengukur risiko terhadap kecelaruan gaya pemakanan. Responden kajian berasal dari latar belakang demografi yang berbeza di Malaysia (N 385). Secara keseluruhan, ketidakpuasan imej badan mempunyai pengaruh yang signifikan dan kuat terhadap kecelaruan gaya pemakanan dalam kalangan wanita di Malaysia. Wanita berkahwin mempunyai tahap ketidakpuasan imej badan dan kemurungan yang tinggi serta lebih berisiko terhadap kecelaruan gaya pemakanan berbanding wanita tidak berkahwin. Dapatan kajian ini boleh membantu para wanita di Malaysia mengenalpasti kecelaruan gaya pemakanan dan faktor risikonya.

Kata Kunci: ketidakpuasan imej badan, kemurungan, indeks jisim badan, kecelaruan gaya pemakanan

ABSTRACT
Eating disorders are among the most dangerous disorders and can cause many complications if left untreated can lead to death. The purpose of this study was to identify differences in body image dissatisfaction, depression, body mass index (BMI) and eating style disorders based on marital status in women in Malaysia and to study the relationship between body image dissatisfaction and eating style disorders among women. The Multidimensional Body Self Relations Question Appearance Scale was used to measure body image dissatisfaction, the Beck Depression Inventory was used to measure depression and The Eating Attitude Test was used to measure the risk of eating disorders. Study respondents came from different demographic backgrounds in Malaysia (N 385). Overall, dissatisfaction with body image has a significant and strong influence on eating style disorders among women in Malaysia. Married women have a high level of body image dissatisfaction and depression and are more at risk for eating disorders than unmarried women. The findings of this study can help women in Malaysia identify dietary disorders and risk factors.

Keywords: body image dissatisfaction, depression, body mass index, eating style disorders

Published
2020-09-30
How to Cite
Ravi Chandran, S., & Abdullah @ Mohd. Nor, H. (2020, September 30). Peranan Ketidakpuasan Imej Badan, Kemurungan Dan Indeks Jisim Badan Dalam Kecelaruan Gaya Pemakanan Dalam Kalangan Wanita Berkahwin Dan Tidak Berkahwin Di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 4(4), 1 -10. Retrieved from http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/343