Pedofilia: Persepsi Dan Kebimbangan Ibu Bapa

(Pedophilia: Parental Perceptions And Concerns)

  • Nor Izziani Mohd Zaki Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Salina Nen Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: : pedofilia, persepsi, ibu bapa, kebimbangan, langkah

Abstract

 ABSTRAK 

 Isu jenayah seksual pedofilia yang melibatkan kanak-kanak semakin membimbangkan dan meningkat dari semasa ke semasa. Pedofilia didefinisikan sebagai keinginan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak (Dewan Bahasa dan Pustaka). Pengetahuan serta pemantauan ibu bapa yang berterusan terhadap anak-anak adalah sangat penting bagi melindungi kanak-kanak menjadi sasaran jenayah seksual pedofilia. Kajian ini dijalankan untuk meneroka persepsi ibu bapa terhadap pedofilia, mengetahui kepekaan ibu bapa tentang kes-kes yang melibatkan jenayah kanak-kanak dan meneroka tahap kebimbangan ibu bapa terhadap keselamatan kanak-kanak. Kajian ini juga dijalankan untuk meneroka terhadap langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh ibu bapa untuk mencegah daripada berlakunya jenayah ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang mana seramai 10 orang informan dipilih yang terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak berumur 21 tahun ke bawah. Kaedah temu bual separa berstruktur digunakan dalam menjalankan kajian ini. Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan analisis Interpretative Phenomenological Analysis (IPA). Hasil kajian mendapati bahawa masih terdapat segelintir ibu bapa tidak peka dengan jenayah seksual yang seksual seperti cabul lebih-lebih lagi pedofilia. Walau bagaimanapun, hampir kesemua informan peka dengan perkembangan terkini. Manakala bagi tahap kebimbangan ibu bapa pula, dapatan kajian menunjukkan kebanyakan ibu bapa cenderung untuk menjadi lebih tegas dan overprotective terhadap anak-anak mereka. Malah mereka turut mempunyai langkah pencegahan yang tersendiri iaitu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Kajian ini akan memberi impak dan kesan positif kepada ibu bapa tentang keselamatan anak-anak mereka.

Kata kunci : pedofilia, persepsi, ibu bapa, kebimbangan, langkah

 

ABSTRACT

The issue of pedophile sexual abuse involving children is increasing and increasing over time. Pedophilia is defined as the desire to have sex with children (Language and Library Council). Continued parental knowledge and monitoring of children is crucial to protecting children as the target of criminal sexual paedophilia. The study was conducted to explore parenting against pedophilia, to identify parenting sensitivity to cases involving child crime and to explore parental anxiety levels on child safety. This study is also aimed at exploring the precautionary measures taken by parents to prevent this crime. This study used a qualitative method in which 10 informants were selected consisting of parents with children under 21. The semi-structured interview method was used in this study. The data and information obtained were analyzed using the Phenomenological Interpretative Analysis (IPA). The results show that there are still some parents who are not sensitive to sexually explicit crimes such as lewdness or pedophilia. However, almost all informants are up to date. As for parenting, the study found that most parents appear to be more assertive and protective of their children. They even have their own precautionary measures that are always kept in check. This study will give parents a positive and positive impact on the safety of their children.

Keywords: pedophilia, perception, parents, anxiety, precautions

Published
2020-09-30
How to Cite
Mohd Zaki, N. I., & Nen, S. (2020, September 30). Pedofilia: Persepsi Dan Kebimbangan Ibu Bapa. Jurnal Wacana Sarjana, 4(4), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/347