Stres dan Penghargaan Kendiri Penyumbang kepada Simptom Kecelaruan Pemakanan dalam Kalangan Pelajar di Selangor

Stress and Self-Esteem Contributing to Eating Disorder Symptom among Students in Selangor)

  • Nur Hazirah Amer Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: stress, penghargaan kendiri, simptom kecelaruan pemakanan., pencegahan awal

Abstract

Kecelaruan pemakanan adalah merupakan tingkahlaku kompulsif yang mampu mendatangkan kesan yang sangat serius bahkan mampu untuk mengancam nyawa seseorang. Kecelaruan pemakanan merupakan salah satu kecelaruan yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan pelajar tidak kiralah sama ada pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Kecelaruan pemakanan sebenarnya boleh berlaku disebabkan beberapa faktor penyumbang, namun dalam kajian ini dua faktor penyumbang yang difokuskan adalah stress dan juga penghargaan kendiri. Stress dan juga penghargaan kendiri dirasakan mampu untuk memberikan kesan yang signifikan kepada simptom kecelaruan pemakanan. Stress yang berlaku dalam kalangan pelajar kebiasaannya adalah disebabkan persekitaran atau suasana sekeliling pelajar itu sendiri, manakala dari segi penghargaan kendiri pula seseorang itu kebiasaannya telah pun mempunyai penilaian terhadap dirinya bermula dari rumah dan tahap penghargaan kendiri mereka boleh berubah berdasarkan persekitaran mereka kini. Kajian ini menggunakan metod survey iaitu dengan mengedarkan soal selidik kepada responden. Jumlah keseluruahn responden yang terlibat dalam kajian ini adalah 266 orang yang terdiri daripada 54 pelajar lelaki dan juga 212 perempuan daripada IPTA dan juga IPTS sekitar negeri Selangor Darul Ehsan. Alat ujian yang digunakan dalam kajian ini adalah Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES), Eating Disorder Examination Question (EDE-Q), dan juga Depression Anxiety Stress Scale (DASS-42). Melalui kajian ini daiharapkan dapat memberikan sumbangan dari segi pengetahuan tentang bahayanya kecelaruan pemakanan dan juga sebagai langkah pencehagan awal kepada mereka yang mempunyai risiko kepada simptom kecelaruan pemakanan ini.

Kata kunci: stress, penghargaan kendiri, dan simptom kecelaruan pemakanan.

 

ABSTRACT

Eating disorders are compulsive behaviour that can bring a very serious impression even can threaten someone's life. Eating disorders are one of the most delusional disorders amongst students whether or not the students of the Institute of Higher Learning (IPTA), or the Private Higher Education Institute (IPTS). Eating disorders can actually happen due to several contributing factors, but in this study, two contributing factors that are focused on are stress and self-esteem. Stress as well as self-esteem is felt to be able to give a significant impression to the symptoms of nutritional disorders. Stress that occurs among the students is usually due to the environment or the surroundings of the student itself, while in terms of self-esteem one usually has self-assessment from home and their level of self-esteem can change based on their current environment. This study uses a survey methodology by distributing questionnaires to respondents. The total number of respondents involved in this study was 266  people consisting of 54 boys and 212 girls from IPTA as well as IPTS around Selangor Darul Ehsan. The test tools used in this study were the Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES), the Eating Disorder Examination Question (EDE-Q), and the Depression Anxiety Stress Scale (DASS-42). Through this study, it is hoped that it will be able to contribute in terms of knowledge about the dangers of eating disorder malnutrition and also as a preliminary measure for those who are at risk for these nutritional disorders.

Keywords: stress, self-esteem, and symptoms of eating disorder.

Published
2021-01-30
How to Cite
Amer, N. H., & Abdullah @ Mohd. Nor, H. (2021, January 30). Stres dan Penghargaan Kendiri Penyumbang kepada Simptom Kecelaruan Pemakanan dalam Kalangan Pelajar di Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 5(1), 1 - 9. Retrieved from http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/351