Ketagihan Telefon Pintar dan Ketagihan Pornografi Terhadap Kesihatan Mental dalam Kalangan Mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia

(Smartphone Addiction and Pornographic Addiction towards Mental Health among the Students of Public Higher Institution in Malaysia)

  • Nur Qamarina Rahman Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: ketagihan telefon pintar, ketagihan pornografi, kesihatan mental, mahasiswa, pengajian tinggi

Abstract

Disaat telefon pintar berkembang dengan maju dengan pelbagai aplikasi dan kemudahan, terdapat beberapa pihak dalam kalangan rakyat Malaysia sudah mula merasakan seolah-olah mereka tidak boleh hidup tanpa kewujudan telefon pintar mereka. Hal ini secara tidak langsung mungkin akan menyebabkan individu yang sudah ketagih dengan telefon pintar akan mengalami ketagihan pornografi kerana ketagihan pornografi merupakan salah satu faktor kepada kecendrungan ketagihan telefon pintar. Kesannya, kesihatan mental seseorang pasti akan terganggu disebabkan oleh ketagihan-ketagihan yang dialami. Oleh hal yang demikian, kajian telah dijalankan untuk mengkaji hubungan antara ketagihan telefon pintar dan ketagihan pornografi terhadap kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa-mahasiswa institut pengajian tinggi awam di Malaysia. Jumlah keseluruhan bagi responden kajian adalah seramai 436 orang responden yang terdiri daripada 337 mahasiswa lelaki dan 99 mahasiswa perempuan. Bagi mengkaji hubungan antara pemboleh ubah tersebut, borang soal selidik yang terdiri daripada 3 inventori telah diedarkan kepada responden-responden kajian. Inventori-inventori tersebut adalah Smartphone Addiction Invemtory (SPAI), Cyber Pornography Use Inventory (CPUI) dan Mental Health Inventory (MHI). Data-data yang diperoleh daripada kutipan borang soal selidik akan dianalisis menggunakan SPSS Statistic Data Editor Version 25.

Kata kunci: ketagihan telefon pintar, ketagihan pornografi dan kesihatan mental

 

ABSTRACT 

As smartphones develop progressively with variant application and facilities, there are some Malaysians who start to feel that they cannot live without the existence of their smartphone. This may indirectly cause a person who is already addicted to a smartphone will experience pornographic addiction. This will cause a disturbance to mental health because of the addiction they had. Consequently, research was conducted to examine the relationship between smartphone addiction and pornographic addiction to mental health among the students of public institutes in Malaysia. The total number of respondents was 436 consisting of 337 male students dan 99 female students. To investigate the relationship between the variables, 3 inventories were distributed to the respondents of the study. The inventories are Smartphone Addiction Inventory (SPAI), Cyber Pornography Use Inventory (CPUI) and Mental Health Inventory (MHI). The data collected from the questionnaires will be analyzed using the SPSS Statistic Data Editor Version 25.

Keywords: smartphones addiction, pornographic addiction and mental health

Published
2021-01-30
How to Cite
Rahman, N. Q., & Abdullah @ Mohd. Nor, H. (2021, January 30). Ketagihan Telefon Pintar dan Ketagihan Pornografi Terhadap Kesihatan Mental dalam Kalangan Mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 5(1), 1 - 9. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/355