Perspektif Wanita Terhadap Poligami Dalam Skrip Monodrama Menunggu Lampu Hijau

(Women Perspectives On Polygamy In Monodrama Script Menunggu Lampu Hijau)

  • Bazilah Zawanah Amran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nur Afifah Vanitha Abdullah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: poligami, kritikan, drama Melayu, pendekatan gender, Hatta Azad Khan

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan perspektif watak-watak wanita tentang poligami dalam skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau. Karya skrip ini telah dihasilkan oleh penerima anugerah S.E.A (2008) iaitu Hatta Azad Khan pada tahun 2015. Poligami yang menjadi aspek utama dalam karya ini dan ia diperbincangkan dari perspektif pelbagai wanita yang berkedudukan status sosial yang juga pelbagai dalam masyarakat Melayu. Kajian ini meneliti perspektif wanita yang pelbagai kedudukan sosial apabila berhadapan dengan isu poligami. Pengarang juga telah berjaya menjelaskan gambaran penerimaan dan penolakan poligami oleh watak-watak wanita dalam skrip tersebut. Metodologi kajian terhadap skrip monodrama ini berbentuk kualitatif. Pendekatan yang digunakan bagi menganalisis karya ini ialah pendekatan gender yang berkait dengan teori psikologi dan sosiologi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa konsep dalam teori psikologi dan pengaruh sosial dalam teori sosiologi ditemui dalam skrip ini. Konsep Id dan Superego dalam teori psikologi telah merungkai perspektif Syarifah Edora, Cik Sepia, Alia Najwa, isteri-isteri abang Bakri dan Badri, Norma dan Rugayah. Pengaruh persekitaran yang dibawa daripada teori sosiologi turut memainkan peranan kerana watak Rugayah, Rozita serta isteri-isteri rakan Ahmad Bakti dan Badri memberikan perspektifnya kerana pengaruh masyarakat sekeliling.

 

Kata kunci :  poligami, kritikan, drama Melayu, pendekatan gender, Hatta Azad Khan

ABSTRACT

The aim of the paper is to discuss the perspectives of women characters on polygamy in the monodrama script Menunggu Lampu Hijau. This script artwork was produced by winner of S.E.A write award (2008) which is Hatta Azad Khan in 2015. Polygamy is the main aspect of this artwork and it was discussed from the perspectives of the woman which has a variety of social status in the Malay community. This study focuses on the perspectives of the woman of various social backgrounds when it comes to the polygamy issue. The author also has successfully shown the acceptance and rejection of polygamy by the female characters in the script artwork. The methodology of this research in this monodrama script is qualitative. The approach that is used to analyze this artwork is a gender approach which is related to psychological and sociological theory. The results of this study show that there are several concepts in psychological theory and social influence in sociological theory found in this script. The concept of Id and Superego in psychological theory has shown the perspectives of Syarifah Edora, Cik Sepia, Alia Najwa, the wives of Bakri and Badri, Norma and Rugayah. The influence of the environment brought on by sociological theory also plays a role because Rugayah, Rozita and Ahmad Bakti's friends’ wives gave their perspective because of the influence of the society.

Keywords: polygamy, critics, Malay drama, gender approach, Hatta Azad Khan

Published
2021-02-11
How to Cite
Amran, B. Z., & Abdullah, N. A. V. (2021, February 11). Perspektif Wanita Terhadap Poligami Dalam Skrip Monodrama Menunggu Lampu Hijau. Jurnal Wacana Sarjana, 5(1), 1-12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/356