Faktor Kejayaan Usahawan Muda dalam Perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (EKS) di Malaysia

(Success Factors for Young Entrepreneurs in Small and Medium Industry (SME) Businesses in Malaysia)

  • Muhamamd Zulhafizi Mohd Yusof Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zurinah Tahir Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Faktor Kejayaan, Industri Kecil dan Sederhana (EKS),, Keusahawanan, Usahawan Muda, Pembangunan ekonomi negara.

Abstract

Sektor perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dianggap penting memandangkan ia memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan ekonomi negara sekaligus melahirkan usahawan muda berjaya. Usahawan muda yang berjaya bukan sahaja mencipta perniagaan baru malahan meningkatkan peluang pekerjaan dan sebagainya. Kejayaan usahwan muda dalam bidang perniagaan IKS memberikan satu impak positif dalam pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mendorong kejayaan usahawan muda dalam perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan seramai 138 orang responden yang kini bergelar Local Champion yang terdiri daripada usahawan muda yang berjaya dalam perniagaan (IKS) masing-masing. Kesemua responden merupakan Local Champion yang telah terlibat secara langsung di dalam Program Rural Business Challenge dan menetap di sekitar Malaysia yang terdiri daripada Zon Timur, Zon Tengah/Selatan, Zon Utara, Sabah dan juga Sarawak. Data yang diperolehi daripada responden akan dianalisis. Faktor pendorong kejayaan yang dikaji dibahagikan kepada 7 dimensi iaitu Sikap/Minat/Kesedaran diri sendiri, Modal, Pemasaran yang baik, Pemikiran Inovatif dan kreatif, Persekitaran Perniagaan, Kemahiran dan Pengetahuan serta Pengurusan Organisasi dan Kerjasama Luar. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa faktor “Sikap/Minat/Kesedaran diri sendiri” bagi seseorang usahawan itu merupakan faktor paling utama yang mendorong kejayaan seseorang usahawan muda dalam menjalankan perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Kesimpulannya, sikap usahawan yang berdisiplin tinggi dalam mengendalikan perniagaan, berani dan sanggup menghadapi risiko, berfikiran kreatif dan inovatif, sentiasa mendalami ilmu perniagaan sangat menyumbang terhadap kejayaan usahawan muda IKS di Malaysia bagi mengembangkan lagi perniagaan ke arah peringkat global dan akhirnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Kata kunci: Faktor Kejayaan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Keusahawanan, Usahawan Muda, Pembangunan ekonomi negara.

Published
2021-01-30
How to Cite
Mohd Yusof, M. Z., & Tahir, Z. (2021, January 30). Faktor Kejayaan Usahawan Muda dalam Perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (EKS) di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 5(1), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/357