Penggunaan User-Generated Content Dalam Promosi Pelancongan Putrajaya

(Consumption Of User-Generated Content In Promotiing Putrajaya Tourism)

  • Kamal Azali Ab Razak Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Habibah Ahmad Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: User-Generated Content (UGC), Web 2.0, Konsep Campuran Pemasaran 8P, TripAdvisor, Word of Mouth

Abstract

ABSTRAK

Semenjak diperkenalkan teknologi Web 2.0, peningkatan dalam bidang industri pelancongan itu kian meningkat disebabkan penglibatan para pelancong terhadap internet dalam menempah penginapan, tiket, dan merancang perjalanan. User-Generated Content (UGC) merupakan kandungan yang dijana pengguna seperti pandangan para pelancong tentang pengalaman mereka sepanjang melawati sesebuah produk pelancongan tersebut.  Di dalam kajian ini, adalah bertujuan menganalisis cadangan penawaran produk konvensional yang dijalankan oleh Perbadanan Putrajaya, cadangan penawaran promosi 8P UGC melalui laman web TripAdvisor dan bagaimana UGC memenuhi konsep 8P terhadap pemasaran di Putrajaya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif analisis kandungan iaitu pengumpulan data melalui kandungan yang dijana pengguna di laman web TripAdvisor dengan jumlah kutipan sebanyak 500 kandungan yang dijana pengguna. Kutipan data adalah berdasarkan tarikan utama lokasi-lokasi seperti Masjid Putra, IOI City Mall, Putrajaya Lake, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putajaya Botanical Garden, Putajaya Bridge, Putrajaya Wetlands Park, Seri Perdana, dan Putrajaya International Convention Centre sebagai produk pelancongan di Putrajaya serta dikategorikan lokasi tersebut kepada beberapa jenis pelancongan.

Kata Kunci: User-Generated Content (UGC), Web 2.0, Konsep Campuran Pemasaran 8P, TripAdvisor, Word of Mouth

ABSTRACT

Since the introduction of Web 2.0 technology, the growth in the industry of tourism has increased following the involvement of tourists on the internet in booking accommodation, tickets, and travel planning. User-Generated Content (UGC) is that user-generated content such as what tourists think of their experiences while visiting one such travel product. In this study, it aims to analyze the conventional product offering proposal carried out by the Corporation of Putrajaya, the proposed 8P UGC promotional offer through the TripAdvisor website and how UGC meets the 8P concept of marketing in Putrajaya. This study uses a qualitative approach to content analysis, which is data collection through user-generated content on the TripAdvisor website with a total collection of 500 user-generated content. Collection data are based on key attractions such as Putra Mosque, IOI City Mall, Putrajaya Lake, Tuanku Mizan Zainal Abidin Mosque, Putrajaya Botanical Park, Putrajaya Bridge, Putrajaya Wetlands Park, Seri Perdana, and Putrajaya International Convention Center tourism products in Putrajaya and also categorized to some kind of tourism.

Keywords: User-Generated Content (UGC), Web 2.0, 8P Marketing Mix, TripAdvisor, Word of Mouth

Published
2021-01-30
How to Cite
Ab Razak, K. A., & Ahmad, H. (2021, January 30). Penggunaan User-Generated Content Dalam Promosi Pelancongan Putrajaya. Jurnal Wacana Sarjana, 5(1), 1- 20. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/369