Kelestarian Politik Melayu Di Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau Abang, Dungun, Terengganu

(Sustainability Of Malay Politics In The Area of State Assembly of Rantau Abang, Dungun, Terengganu)

  • Najiatul Umairah Azhar Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Junaidi Awang Besar Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: demokratik

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpalimen di bawah pertadbiran Raja Berperlembagaan. Politik merupakan elemen yang penting dalam sesebuah negara. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, tetapi kepimpinan diterajui oleh orang Melayu. Oleh itu, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis kelestarian politik Melayu di kawasan DUN Rantau Abang, Dungun, Terengganu. Kaedah kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik melibatkan 100 responden di DUN Rantau Abang manakala kaedah kualitatif pula melibatkan temu bual terhadap tiga orang informan termasuk daripada pemimpin setempat dan ahli politik. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan program statistik SPSS. Hasil kajian mendapati responden memberi pandangan yang baik terhadap kelestarian politik Melayu di kawasan kajian melalui pengetahuan, persepsi dan pemahaman serta kebaikan politik Melayu terhadap kesejahteraan rakyat dan negara. Kajian ini telah menghasilkan kesedaran bahawa politik Melayu yang ada harus dipertahankan agar keharmonian negara dapat dikecapi oleh semua pihak termasuk kaum bukan Melayu. Pengukuhan politik Melayu penting kerana orang Melayu mampu bertolerasi dengan kaum lain, kerana bagi mereka pengukuhan dan semangat bersatu padu dalam landskap politik Melayu akan melimpahkan nikmat kepada keseluruhan kaum lain tanpa mengira bangsa atau agama.

Kata kunci: demokratik, politik Melayu, keamanan negara, pengundi, kelestarian

 

ABSTRACT

Malaysia is a country that has practised a democratic system under the rule of the Constitution. Politics is an important element of any country. Malaysia is a country of many races, but the leadership headed by Malays. Therefore, it is the purpose of this study to assess the political sustainability of Malay in the study area of Rantau Abang. The quantitative method using the questionnaire instrument involved 100 respondents in the Rantau Abang while the qualitative method involved interviews with 3 informants including local leaders and politicians. The obtained data were analyzed using the SPSS statistic program.  The study found that respondents gave a good view to the preservation of Malay politics in the study area through knowledge, perception and understanding and kindness Malay political towards the welfare of the people and state. This research has resulted in the realization that the existing political Malays should be retained in order to harmony in the country can be enjoyed by everyone, including the non-Malays. The strengthening of Malay politics is important because the Malays are able to tolerate the other races because for them the strengthening and unity in the political landscape will be favoured to Malay whole other communities regardless of race or religion.

Keywords: democratic, Malay politics, national security, voters, sustainability

 

Published
2021-01-30
How to Cite
Azhar, N. U., & Awang Besar, J. (2021, January 30). Kelestarian Politik Melayu Di Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau Abang, Dungun, Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 5(1), 1- 27. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/371