Aplikasi Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) Dalam Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Luar Bandar

  • Nadia Abdul Hamid
  • Jamalul Lail Abdul Wahab

Abstract

ABSTRAK

 

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran dan tahap penggunaan aplikasi persekitaran pembelajaran maya Frog (Frog VLE) serta perkaitan hubungan antara kedua-dua tahap tersebut dalam kalangan guru-guru sekolah menengah luar bandar di Kedah. Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai intrumen kajian. Seramai 30 orang guru dari sekolah menengah luar bandar di Kedah telah dipilih sebagai respondon kajian. Data yang telah dikutip dianalisis menggunakan perisian Statistical Package Social science (SPSS). Bagi menjawab persoalan kajian pertama dan kedua, analisis secara statistik deskriptif digunakan kerana ia dapat memerihalkan data tersebut dalam nilai skor min. Ujian Korelasi Pearson juga digunakan untuk mengenalpasti  hubungan antara tahap kemahiran dan tahap penggunaan persekitaran pembelajaran maya Frog (Frog VLE) dalam kalangan guru. Hasil kajian menunjukkan tahap kemahiran guru terhadap aplikasi persekitaran pembelajaran maya Frog (Frog VLE) berada pada tahap sederhana, manakala bagi tahap penggunaan guru terhadap persekitaran pembelajaran maya Frog (Frog VLE) juga menunjukkan tahap sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran guru dan tahap penggunaan guru terhadap aplikasi Frog VLE. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran guru memberi kesan kepada tahap penggunaan guru dalam aplikasi Frog VLE di sekolah. Guru sewajarnya mempunyai kemahiran berkaitan aplikasi Frog VLE agar dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menarik di sekolah. Ini adalah selaras dengan dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan dan Anjakan 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 iaitu menggariskan TMK sebagai pengupaya bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Kesimpulannya, kajian ini memberi maklumat terkini tentang pengaplikasian persekitaran pembelajaran maya di sekolah menengah luar bandar agar dapat memberi ruang kepada guru-guru untuk sentiasa meningkatkan kemahiran dan menggunakan aplikasi Frog VLE dengan lebih baik demi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

 

Kata kunci: persekitaran pembelajaran maya, komuniti maya

 

 

ABSTRACT

 

This study aims to identify the skills level and usage level of the applications of Frog virtual learning environment (VLE Frog) and the relationship between the two levels among secondary school teachers in rural, Kedah. Quantitative descriptive study was conducted through a survey using questionnaires as research instruments. A total number of 30 teachers from secondary school teachers in rural, Kedah were selected as respondents. The data collected were analyzed using

 

Statistical Package of Social Science (SPSS). In answering the first and second research questions, descriptive statistical analysis was used because it can describe the data in the mean score. Pearson correlation test was also used to identify the relationship between skill levels and usage levels of Frog virtual learning environment (VLE Frog) among teachers. The results showed that both level of skills and usage on the application of Frog virtual learning environment (VLE Frog) were at a moderate level. The results also showed a significant relationship between the level of skills and usage of the Frog VLE application. The implications of this study showed that the skill level of teachers affects the level usage of the VLE Frog among teachers in the school. Teachers should be equipped with proper skills related to the VLE Frog application in order to carry out teaching and learning more effective and interesting. This is in line with the Information and Communication Technology (ICT) of Shift 7 in the Malaysian Education Blueprint (MEB) 2013-2015 which outlines ICT as tools to improve the quality of learning. In conclusion, this study provides the latest information about the application of innovative virtual learning environment in schools, constantly permits the teachers to improve their skills and increase usage levels of VLE Frog application for the betterment of teaching and learning quality.

 

Keywords: virtual learning environment, virtual community

Published
2017-12-30
How to Cite
Abdul Hamid, N., & Abdul Wahab, J. L. (2017, December 30). Aplikasi Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) Dalam Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Luar Bandar. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/50