Gaya Kepimpinan Pengetua Dan Efikasi Guru Di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar Di Daerah Hulu Langat, Selangor

  • Noor Zaliani Khozan
  • Azlin Norhaini Mansor

Abstract

ABSTRAK

 

Bagi melahirkan pendidikan yang berkualiti tinggi, pengetua dan guru besar merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam memastikan dasar dan strategi pendidikan berjaya dilaksanakan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan pengetua dan tahap efikasi guru di sebuah sekolah menengah luar bandar di daerah Hulu Langat, Selangor. Reka bentuk kuantitatif digunakan dengan menggunakan borang soal selidik yang dibina sendiri. Kajian ini melibatkan 30 orang guru sekolah sebagai sampel kajian. Analisis deskriptif dan analisis kolerasi digunakan menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan pengetua mengamalkan gaya Kepimpinan Instruksional, tahap efikasi guru pada dimensi iklim sekolah berada pada tahap tinggi dan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dengan tahap efikasi guru. Hasil kajian boleh dijadikan panduan kepada pengetua supaya lebih mengamalkan Gaya Kepimpinan Instruksional, Tranfrmasional dan Demokrtik di sekolah dalam meningkatkan tahap efikasi guru. Pengetua sekolah di Malaysia harus didedahkan dengan amalan dan gaya kepimpinan yang berkesan supaya dapat membantu untuk meningkatkan kemahiran dalam pengurusan sekolah agar lebih sistematik dan berupaya merealisasikan visi dan misi sekolah.

 

Kata kunci: Gaya Kepimpinan; Pengetua; Efikasi Guru; Guru

 

ABSTRACT

 

In order to produce high-quality education, principals and heads teachers are individuals who play an important role in ensuring that education policies and strategies successfully implemented. This study aimed to identify the leadership style and the efficacy of teachers in a rural secondary school in the district of Hulu Langat, Selangor. The design is applied by using questionnaires built himself. The study involved 30 teachers of the school for the study. The descriptive analysis and correlation analysis was used to answer the research questions. The findings showed that principals leadership style instructional practices, teacher efficacy in the dimension of the school climate is at a high level and there is a significant relationship between leadership style with teacher efficacy. The results can be used as a guide to the principal so much practice Instructional Leadership Style, Tranfrmasional and Democratic in schools to increase teacher efficacy. Principal of the school in Malaysia to be exposed to practices and effective leadership style that can help to improve skills in school management to be more systematic and able to realize the vision and mission of the school.

 

Keywords: Leadership Style; Principals; Efficacy of Teachers; Teacher

Published
2017-12-30
How to Cite
Khozan, N. Z., & Mansor, A. N. (2017, December 30). Gaya Kepimpinan Pengetua Dan Efikasi Guru Di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar Di Daerah Hulu Langat, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/52