Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan Efikasi Guru Di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan

  • Rosnah Abdullah
  • Mohamad Yusoff Mohd Nor
  • Azlin Norhaini Binti Mansor

Abstract

ABSTRAK

 

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan guru besar dan tahap efikasi guru di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan. Gaya kepimpinan guru besar terdiri daripada gaya kepimpinan autokratik, demokratik, laissez-faire, insruksional dan transformasional. Efikasi adalah suatu tahap kepuasan seseorang dalam member komitmen dalam pekerjaan yang dilakukan. Seramai 34 orang guru yang dipilih secara rawak menjadi sampel kajian ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan melibatkan kaedah tinjauan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan gaya kepimpinan instruksional merupakan gaya kepimpinan yang paling kerap diamalkan ( M= 3.46, S.P =0.34 ). Tahap efikasi guru pula berada pada tahap tinggi (Min=3.56, S.P=0.582). Analisis korelasi Pearson menunjukkan hanya gaya kepimpinan instruksional mempunyai hubungan sederhana dengan tahap efikasi guru. Manakala gaya kepimpinan Laissez-faire, demokratik dan transformasional mempunyai hubungan yang lemah dengan tahap efikasi guru dan gaya kepimpinan autokratik mempunyai hubungan yang sangat lemah dengan tahap efikasi guru. Kajian ini diharap dapat membantu para guru besar mengaplikasikan gaya kepimpinan yang bersesuaian bagi membantu membina efikasi guru-guru di bawah pimpinannya.

 

Kata kunci : gaya kepimpinan, guru besar, efikasi kendiri guru

           

ABSTRACT

 

This study aimed to identify the leadership style of the headmaster and teacher efficacy at Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan. Headmaster leadership style consists of autocratic leadership style, democratic, laissez-faire, instructional and transformational. The efficacy is a person's level of satisfaction in the member's commitment for the work. A total of 34 teachers were randomly selected sample of this study. This study design involves quantitative descriptive survey method. The findings showed that instructional leadership style is the style of leadership that is most frequently practiced (M = 3.46, S.P = 0.34). The level of teacher efficacy also are at high level (Mean = 3.56, S.P = 0.582). Pearson correlation analysis showed only instructional leadership style has a simple relationship with the teacher efficacy. While the leadership style laissez-faire, democratic and transformational have a weak correlation with the level of teacher efficacy and autocratic leadership style has a very weak correlation with the level of teacher efficacy. This study is expected to help the teachers apply the appropriate leadership style to help build self-efficacy of teachers under his leadership.

 

Keywords: leadership style,headmaster, teacher efficacy

Published
2018-03-30
How to Cite
Abdullah, R., Mohd Nor, M. Y., & Mansor, A. N. B. (2018, March 30). Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan Efikasi Guru Di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/81