Peranan Pengusaha Dalam Pembangunan Warisan Tenunan Pahang DiRaja

  • Salasatul Akma AmIrruddin
  • Habibah Binti Ahmad
  • Hamzah Jusoh
  • Mushrifah Idris
  • Ruhaiza Abu Bakar

Abstract

ABSTRAK

 

Negeri Pahang tidak asing lagi memiliki budaya warisannya yang asli dan tersendiri.  Tenunan merupakan salah satu tradisi yang bukan sahaja mempunyai nilai-nilai yang tinggi tetapi juga menyumbang kepada industri pelancongan negeri dan negara.  Walau bagaimanapun, ketika ini, tradisi ini berdepan dengan keterancaman kepupusan kesan daripada beberapa faktor kritikal pengusaha dan persekitaran sosio-budaya. Makalah ini bertujuan untuk  mengenal pasti peranan komuniti dalam membangunkan produk warisan tenunan Pahang DiRaja daripada perspektif pengusaha. Kajian ini tertumpu di   sekitar Kampung Budaya Pulau Keladi, Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja(IKTPD), Pramu Jaya Pekan, Pusat Tenun Pahang DiRaja Felda (PTPDF), Kompleks Pengembangan Tenunan Pahang DiRaja (KPTPD) Sultan Haji Ahmad Shah Kampung Sungai Soi, Kuantan. Hasil kajian menjelaskan pola keterlibatan komuniti selaku penggerak warisan tenunan Pahang terdiri daripada dua iaitu pengusaha dan juga pekerja. Terdapat tujuh faktor kelestarian pihak pengusaha  iaitu  faktor produk (Product), faktor harga (Price), faktor lokasi (Place), faktor promosi (Promotion), faktor aktiviti khidmat pelanggan (Physical evidence of customer Service), faktor proses (Process), faktor sumber manusia (People).  Kesemua faktor ini berperanan besar dan saling memerlukan dalam membangunkan produk warisan ini di samping mengekalkan dan menjaga kelestarian warisan tenunan.

 

Katakunci: Pembangunan Warisan Tenun Pahang Diraja, Faktor Kelestarian, Pola Keterlibatan.

 

 

ABSTRACT

 

The state of Pahang has long been known for its originality and distinctive cultural heritage.  Weaving is one of the  traditions that not only possesses high values but also contributes to the state's and national tourism industry.   However, currently, this tradition is seen to be facing extinction and vulnerabilty due to the entrepreneurial’ critical factors and socio-cultural environment. This paper aims to identify the role of the entreprenuers in developing the Royal Pahang Weaving products.    This study focused on Kampung Budaya Pulau Keladi, Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja (IKTPD), Pramu Jaya Pekan, Pusat Tenun Pahang DiRaja Felda (PTPDF), Kompleks Pengembangan Tenunan Pahang DiRaja (KPTPD) Sultan Haji Ahmad Shah Kampung Sungai Soi, Kuantan. The study explores the entreprenuers’ involvement as the key drivers of  Pahang heritage weaving. There are seven factors of sustainability from the entreprenuers perspectives:  product, the price, place, promotion, the physical evidence of customer service, process and the people. All  these factors played a major role in weaving development and their importance seems to be inter-dependence  in ensuring the sustainability of the weaving heritage.

 

Katakunci: Keywords: Royal Pahang Weaving Heritage Development, Sustainability Factors, Involvement Patterns

Published
2018-03-30
How to Cite
AmIrruddin, S. A., Ahmad, H. B., Jusoh, H., Idris, M., & Abu Bakar, R. (2018, March 30). Peranan Pengusaha Dalam Pembangunan Warisan Tenunan Pahang DiRaja. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/84