Kesediaan Pengusaha dalam Membangunkan Program Pengalaman Homestay Di Negeri Sembilan

  • Muhammad Nazri Mohd Nasser
  • Habibah Ahmad
  • Nornghainy Tawil
  • Shamsubaridah Ramlee
  • Maisarah Mohd Rabu

Abstract

ABSTRAK

 

Pelancongan homestay di Malaysia telah berkembang dengan baik dan menjadi salah satu sektor pelancongan utama untuk pendapatan negara. Pelancongan homestay ini menjadi pilihan hati kepada pelancong untuk bercuti dan melancong dalam negara. Pada masa kini, pelancong ingin sesuatu yang baru dan berbeza dari kebiasaan ketika melancong. Sebagai respons kepada perkara ini, sektor program homestay ini telah dijenamakan sebagai program pengalaman homestay. Bagaimanapun, timbul tanda tanya apakah para pengusaha sudah mempunyai persediaan untuk berubah kepada tuntutan baru ini. Makalah ini bertujuan untuk mengenalpasti ketersediaan pengusaha dalam menyediakan program pengalaman homestay di Negeri Sembilan. Hasil kajian ke atas lima buah homestay telah mendapati bahawa terdapat ketersediaan itu bergantung kepada pertama, kefahaman ke  atas kelebihan tarikan homestay mereka, terutama dari segi  pengalaman homestay yang bersandarkan alam sekitar, kebudayaan, adat resam, bahasa dan sejarah.  Homestay Pachitan yang terkenal dengan kebudayaan masyarakat Jawa Pachitan dari Jawa Timur yang berasal dari kampung bernama Kampung Pachitan.   Homestay Klawang  dikenali dengan khazanah alam sekitar yang tidak ternilai harganya yang mana sungai berdekatan datang dari jeram air terjun melalui Banjaran Titiwangsa Malaysia.  Secara mendalam  kesediaan pengusaha homestay menekankan rumah/aset, pengetahuan/kemahiran dan kepimpinan. Dari sudut   komuniti,  kepentingan faktor sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi. Faktor kesediaan pengusaha juga berkait rapat dengan sokongan kerajaan/agensi dengan 3 indikator iaitu governans, insentif dan jaringan.  

 

Katakunci: pelancongan Homestay, pengalaman, pengusaha, Komuniti, Kerajaan/Agensi

 

 

ABSTRACT

 

Homestay tourism in Malaysia have developed and become one of the key tourism sector to the national income. Homestay has become of the choices for vacation and travel in the country.  Today, tourists seem to demand  new experience and different from their  normal routine when traveling. In response to this, the homestay program has been rebranded as a homestay experience program. However, the question arises whether the operators are ready to make a change to meet the demandsThis paper aims to identify the readiness of entrepreneurs in providing homestay experience programme in Negeri Sembilan. The results of the study on five homestay  found that there was readiness depends on the availability of the first, an understanding of the advantages of their homestay attraction, especially in terms of the homestay experience that builds the environment, culture, customs, language and history. Homestay Pachitan is known for its culture of  East Java that comes from a village called Kampung Pachitan. Homestay Klawang is known on the environmental treasures that are priceless which comes from the rapids of the river running throughout the Titiwangsa Mountain Range of Malaysia. In total, readiness of the homestay operators comprised the households / assets, knowledge / skills and leadership. From the community’s needs, the   social, economic, environmental and technology are important. Factors of readiness are also closely related to the support of government agency namely governance, incentives and networks.

 

Keywords: tourism Homestay, experience, operators, Community, Government / Agency

Published
2018-03-30
How to Cite
Mohd Nasser, M. N., Ahmad, H., Tawil, N., Ramlee, S., & Mohd Rabu, M. (2018, March 30). Kesediaan Pengusaha dalam Membangunkan Program Pengalaman Homestay Di Negeri Sembilan. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/85