Avant-garde dalam Cerpen Marsli N.O

(Avant-garde in Marsli N.O short stories)

  • Ahmad Azwadie Azman UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Mawar Safei UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Avant-garde, eksperimental, Marsli N.O, cerpen, struktural

Abstract

Sejarah genre cerpen Melayu yang bermula seawal dekad 20-an menjalani perkembangan yang sangat erat dengan milieu masyarakat. Kebanyakan pengarang menyaring pertelingkahan yang berlaku pada zamannya lalu dirakam dalam cerpen dengan gaya lurus dan langsung. Aliran realisme ini berlanjutan hingga dekad 60-an. Memasuki dekad 70-an, berlakunya kecenderungan baru apabila para pengarang ini mendapat pendedahan dari konvensi Barat terhadap struktur dan muatan cerpen. Pendidikan dan pembacaan mereka sangat merubah susuk genre pencerpenan tanahair dan ia berlanjutan dalam dekad seterusnya. Kebanyakan karya yang dihasilkan mendekati gaya eksperimental dan inovatif khasnya yang melibatkan aspek struktur. Ia antara lain melibatkan gerak plot yang tidak konvensi, latar yang tidak konkrit serta watak yang tidak jelas.  Rata-rata kecenderungan karya sebegini diistilahkan sebagai avant garde.  Antara cerpenis yang sering didakwa menghasilkan karya avant garde adalah Marsli N.O. Beberapa kumpulan cerpennya seperti  Biduan (1994), Demi (1998), Politikus, Badut dan Sebuah Cermin (2009), Gunting (2012), Penipu (1997) dan Menanti Buraq (2008) menampilkan gaya yang sedemikian. Tulisan ini antara lain memperlihatkan corak kecenderungan Marsli N.O. dengan gaya avant garde berdasarkan himpunan cerpennya yang berkenaan. Antara dapatan kajian adalah pengaruh pembacaan Marsli N.O. ke atas penciptaan plot yang jungkir balik, latar yang tidak bersifat realisme dan watak manusia yang sering ditamsilkan dalam garapan simbol, perlambangan atau satira yang membawa makna dan perutusan tertentu. Antara perutusan yang dibawakan Marsli N.O adalah berhubungan dengan politik dan sosial semasa.

Published
2019-10-08
How to Cite
Azman, A. A., & Safei, M. (2019, October 8). Avant-garde dalam Cerpen Marsli N.O. Jurnal Wacana Sarjana, 2(2), 1 -12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/PDF