PERSEPSI KHATIB TERHADAP SENI RETORIK DALAM TEKS KHUTBAH JUMAAT JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

  • Mohd Azizon Noordin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zulkefli Aini Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Khutbah merupakan salah satu medium dakwah bersifat mingguan yang disampaikan oleh khatib di atas mimbar berbentuk nasihat atau pesanan keagamaan. Peranan khutbah telah mengalami perkembangan dan pada masa ini, ia seringkali menjadi perbincangan dan perdebatan di media-media masa. Antara permasalahan yang ditimbulkan ialah khatib sekadar membaca teks khutbah tanpa mempedulikan pendengar, mesej khutbah yang tidak jelas, isi khutbah tidak efektif dan wujud kekeliruan terhadap maksud intipati khutbah. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis persepsi khatib terhadap seni retorik dalam teks khutbah Jumaat JAWI berdasarkan persoalan kajian mengenai persepsi khatib terhadap seni retorik dalam teks khutbah Jumaat JAWI. Kajian ini adalah kajian rintis dalam bentuk kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dan data yang diperolehi dikemukakan secara deskriptif. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23 melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 26 orang responden yang terdiri dari kalangan khatib di Kuala Lumpur. Hasil kajian rintis mendapati item “kepelbagaian intonasi suara dibantu oleh kaedah penulisan berbentuk penceritaan dan penerangan di dalam teks khutbah” dan item “penggunaan rima yang sama di penghujung ayat mencantikkan gaya bahasa khutbah” mendapat peratus persetujuan tertinggi iaitu 96.2% dengan nilai skor min = 4.42. Manakala item “jarang tersasul ketika membaca teks khutbah yang dibekalkan” mendapat peratusan terendah iaitu 61.5% dengan nilai skor min = 3.46. Melalui kajian ini, kualiti penulisan teks khutbah Jumaat JAWI dapat dipertingkatkan selain dapat membantu keberkesanan penyampaian khatib.

Kata kunci: khutbah, khatib, seni retorik, teks khutbah Jumaat JAWI 

Author Biographies

Mohd Azizon Noordin, Universiti Kebangsaan Malaysia

Siswazah Sarjana

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan

Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malayssia

Zulkefli Aini, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Universiti Kebangsaan Malaysia

Pensyarah

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan

Universiti Kebangsaan Malaysia

References

Asep Syamsul M. Romli. 2013. Komunikasi Dakwah: Pendekatan Praktis. Bandung: ASM. Romli.

Eddy Rosyadie. 2007. Juara Pentas: Panduan Praktikal Pengucapan Awam. Batu Caves: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ibn Kathir, Abu al-Fida’ Ismail bin Umar bin Kathir al-Quraisy al-Dimashqi. 1999. Tafsir al-Qur’an al-‘Adzhim. Cet. ke-2. Jil. 4. Arab Saudi: Darul Tayyibah lil al-Nashri wa al-Tauzi’.

John Adair. 2009. Ed. ke-1. Membina Kemahiran Kepimpinan. Terjemahan: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Kuala Lumpur: Ampang Press Sdn. Bhd.

John Louis Lucaites, Celeste Michelle Condit & Sally Caudill. 1999. Contemporary Rhetorical Theory: A Reader. New York: The Guilford Press.

Muhammad Nashirudin. 2002. Pembahasan Mengenai Khutbah Juma’at. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Nasir Mustaffa Adlabi. 1995. Ed. ke-1. Jaulan fi Fann al-Khatabah. Amman: Dar al-Fathi.

Nazir Muhammad Maktabi. 2010. Ed. ke-7. Khasais al-Khutbah wa al-Khatib. Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

Ramadhan Muhammad Abdul Razak. 2008. Jil. 1. Al-Jami’ fi al-Khutba. Kaherah: al-Azhar al-Shariff.

Seri Lanang Jaya Rohani, Dahlia Janan. 2012. Terampil Berbahasa. Batu Caves: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Erwin Jusuf Thaib. 2014. Analisis Minat Jamaah Masjid Terhadap Penyampaian Khutbah Jumaat di Kecamatan Talaga Jaya, Kabupaten Gorontalo. Jurnal Madani 4 (1): 75-94.

Fadzilah Kamsah. 1991. Membudayakan Kecemerlangan dalam Penyampaian Khutbah: Satu Kajian Kes di Negeri Pahang Darul Makmur. Jurnal Komunikasi 7 (4): 37-46.

Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid. 2005. Siri Khutbah Jumaat Dalam Majalah Pengasuh: Tinjauan Terhadap Tajuk dan Gaya Penulisan. Jurnal Usuluddin 22 (7): 121-136.

Luthfi Muhyiddin. 2013. Gaya Bahasa Khutbah Jum’at (Kajian Pola Retorika). Jurnal at-Ta’dib 8 (2): 299-315.

M. Tahir. 2013. Khutbah Jum’at di Kota Samarinda (Analisis Kesiapan Para Khotib di Kota Samarinda). Jurnal FENOMENA 5 (2): 229-240.

Sobariah binti Baharum. 2010. Retorik dalam Novel-novel Abdullah Hussain. Arkib Jurnal Penyelidikan: 27-38.

Sukarno. 2013. Retorika Persuasi sebagai Upaya Memengaruhi Jamaah pada Teks Khotbah Jumat. Jurnal Humaniora 25 (2): 215-227.

Wong Shia Ho. 2013. Bahasa Figuratif sebagai Wahana Pemikiran: Satu Analisis Pragmatik. Jurnal Bahasa 13 (1): 39-63.

Yusuf Hamdan. 2007. Karakteristik Khutbah Jumat di Mesjid Kampus: Perspektif Komunikasi. Jurnal Komunikasi Mediator 8 (2): 353-368.

Published
2017-12-31
How to Cite
Noordin, M. A., & Aini, Z. (2017). PERSEPSI KHATIB TERHADAP SENI RETORIK DALAM TEKS KHUTBAH JUMAAT JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI). Al-Hikmah, 9(2), 154-166. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/299
Section
Articles