ULASAN: Siri Pemikiran Islam: Islam Adil Untuk Semua Oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

  • Badlihisham Mohd Nasir Universiti Teknologi Malaysia
  • Nur Shafiqah Badlihisham Universiti Teknologi Malaysia

Abstract

Penulisan buku agama dari seorang agamawan yang berjuang dalam proses kebangkitan Islam di negara ini semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (DSTGHH) sebagai contoh dari mereka yang giat aktif menulis sejarah dalam rangka mengambil pengajaran darinya. Ia telah dilakukan oleh ramai tokoh-tokoh Gerakan Islam seperti Dr. Said Ramadhan al-Buti dan Dr. ‘Abd al-Karim Zaydan yang dijadikan rujukan oleh pendokong Gerakan Islam di seluruh dunia. Sebagai seorang tokoh politik yang berjaya menguasai kerajaan negeri dan menduduki jawatan penting dalam kabinet negara serta pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan kini dilantik pula sebagai Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang boleh disimpulkan sebagai tokoh yang layak untuk menulis berkenaan politik dunia Islam. Beliau yang berpendidikan sarjana dalam bidang Siyasah Syariyyah dari Universiti al-Azhar Mesir dan pernah dipanggil untuk menyelesaikan konflik di Yaman, Acheh, Bosnia dan Afghanistan cuba mengaplikasikan sebanyak mungkin ilmu teori yang dipelajari dalam bidangnya dan pengalaman beliau sebagai orang yang arif dalam politik dunia Islam.

Author Biographies

Badlihisham Mohd Nasir, Universiti Teknologi Malaysia

Faculty of Islamic Civilisation
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bharu
Johor Malaysia

Nur Shafiqah Badlihisham, Universiti Teknologi Malaysia

Faculty of Islamic Civilisation
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bharu
Johor Malaysia

References

Siri Pemikiran Islam: Islam Adil Untuk Semua

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Pustaka Permata Ummah Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2020.

Published
2021-12-30
How to Cite
Mohd Nasir, B., & Badlihisham, N. S. (2021). ULASAN: Siri Pemikiran Islam: Islam Adil Untuk Semua Oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Al-Hikmah, 13(2), 102-107. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/459
Section
Book Reviews