Isu Pekerjaan Orang Kurang Upaya Pendengaran: Kajian Kes di Selangor

(Employment Issues of Persons with Hearing Impairment: A Case Study in Selangor)

  • Mohhairil Isaruddin UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Mohammad Wafiq Lokman UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Aizan Sofia Amin UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: orang kurang upaya, kurang upaya pendengaran, isu pekerjaan, temubual berstruktur, Selangor

Abstract

Orang Kurang Upaya (OKU) sering mengalami pelbagai isu dan permasalahan yang berkait dengan ketakupayaan mereka dalam masyarakat. OKU masih tidak mendapat peluang dan hak yang saksama berbanding orang lain dalam kehidupan seharian terutamanya bagi OKU pendengaran. Antara isu yang sering dihadapi oleh OKU pendengaran adalah dalam aspek pendidikan seperti peluang latihan vokasional, aspek ekonomi iaitu peluang pekerjaan yang terhad dan aspek sosial seperti kehidupan sosial yang berintegrasi dalam masyarakat. Justeru, kajian ini dijalankan bagi meneroka isu pekerjaan bagi OKU pendengaran di Selangor. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual berstruktur secara bertulis. Enam orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan snow ball. Dua lokasi di negeri Selangor telah dipilih iaitu di Sungai Buloh (luar bandar) dan Shah Alam (bandar). Data temubual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati terdapat lima isu utama pekerjaan yang dialami oleh informan kajian. Antara isu yang sering dihadapi oleh OKU pendengaran dalam pekerjaan adalah kesukaran mendapat pekerjaan, prasarana dan penyesuaian di tempat kerja, komunikasi di tempat kerja, sikap negatif masyarakat dan kesunyian di tempat kerja.

Kata kunci: orang kurang upaya, kurang upaya pendengaran, isu pekerjaan, temubual berstruktur, Selangor

 

ABSTRACT

 

People with Disabilities (PWDs) often experience various issues and problems related to their disability in society. The PWDs still do not have equal opportunities and rights compared to others in everyday life especially for hearing disabilities. Among the issues often faced by hearing impaired persons are in education aspect such as vocational training opportunities, economic aspect of limited employment opportunities and social aspect such as integrated social life in society. Hence, this study is conducted to explore employment issues for hearing disabilities in Selangor. This study was conducted using qualitative methods ie structured interviews in writing form. Six informants were selected for this study using the snow ball sampling technique. Two locations in Selangor were selected: in Sungai Buloh (rural) and Shah Alam (city). The structured interviews data were analyzed in a thematic manner and the results of the study found that there were five main issues of work experienced by the informants. Among the issues often faced by persons with hearing impairment in the workplace are difficulties in obtaining work, infrastructure and workplace adjustments, workplace communication, community negative attitudes and solitude in the workplace.

Keywords: people with disabilities, hearing impairment, employment issues, structured interview, Selangor

Published
2019-10-09
How to Cite
Isaruddin, M., Lokman, M. W., & Amin, A. S. (2019, October 9). Isu Pekerjaan Orang Kurang Upaya Pendengaran: Kajian Kes di Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 2(2), 1 -10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/133