Penggunaan Strategi Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Inggeris dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Terpilih di Petempatan Felda di Pahang

(A Survey of Vocabulary Learning Strategies among Primary Students in a Selected School in Felda Settlement in Pahang)

  • Nur Fadhila Ahmad UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Tg. Nor Rizan Tg. Mohd. Maasum UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: pelajar peringkat sekolah rendah di FELDA, Bahasa Inggeris, taksonomi Schmitt, kesedaran, strategi pembelajaran kosa kata

Abstract

Bagi memastikan pembelajaran Bahasa Inggeris yang berkesan, pelajar perlu mengenali cara pembelajaran mereka. Strategi pembelajaran kosa kata adalah penting bagi memastikan pelajar mempelajari perkataan baru dalam Bahasa Inggeris. Penyelidikan ini bertujuan memberikan gambaran Strategi pembelajaran kosa kata Bahasa Inggeris yang digunakan oleh pelajar peringkat sekolah rendah di FELDA. Metodologi kajian yang digunakan berdasarkan kaedah kuantitatif. Seramai tiga puluh enam pelajar Pra-UPSR daripada sekolah terpilih di sebuah kawasan penempatan FELDA di Pahang mewakili sampel kajian. Borang soal selidik bersama 25 item diadaptasi dari taksonomi Schmitt digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Analisa data dilakukan melalui kaedah statistik deskriptif. Skor purata menunjukkan bahawa pelajar dari kawasan terpilih mengaplikasikan strategi pembelajaran kosa kata secara ‘kadang-kadang’ dengan kadar purata skor kurang dari tiga. Strategi Determinasi mempunyai kadar frekuensi yang paling tinggi manakala kaedah strategi Sosial (konsolidasi) mecatatkan kadar frekuensi paling rendah. Hasil kajian adalah penting sebagai panduan kepada pendidik bagi mengimplementasikan kaedah proses pengajaran Bahasa Inggeris yang efektif bagi memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kaedah pembelajaran kosa kata yang berkesan.

Kata kunci: pelajar peringkat sekolah rendah di FELDA, strategi pembelajaran kosa kata Bahasa Inggeris, taksonomi Schmitt, kesedaran

 

ABSTRACT

 

For an effective English learning process, learners have to be familiar with their way of learning. Strategies to learn vocabulary learning are essential in order for the learners to acquire new lexical items in English language. The aim of this paper is to describe English vocabulary learning strategies used by FELDA primary school students. The methodology used for the study is based on a quantitative approach. Thirty-six pre-UPSR students from a selected primary in one of the FELDA settlements in Pahang represent the study sample. A 25-items questionnaire adopted from Schmitt’s taxonomy for vocabulary learning strategies is used to collect data. Data is analysed using descriptive statistics. The mean score obtained shows that students from the selected settlements seldom applied vocabulary learning strategies. The highest frequency of strategies are Determination strategies while the lowest frequency strategies are Social (consolidation) strategies. The research findings could be regarded as useful guide for teachers in order to implement effective English Language teaching process and to raise learners’ awareness towards effective vocabulary learning strategies.

Keywords: FELDA primary school students, vocabulary learning strategies, Schmitt’s taxonomy, awareness, effective

Published
2019-10-09
How to Cite
Ahmad, N. F., & Tg. Mohd. Maasum, T. N. R. (2019, October 9). Penggunaan Strategi Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Inggeris dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Terpilih di Petempatan Felda di Pahang. Jurnal Wacana Sarjana, 2(2), 1 11. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/142