‘Abdullah Paderi’: Perbandingan Unsur Nasihat dalam Hikayat Abdullah dengan Al-Quran dan Hadis

(‘Abdullah The Priest’: A Comparison of Advice on Hikayat Abdullah with Al-Quran And Hadith)

  • Nur Farhana Adanan Universiti Putra Malaysia
  • Rahimah Hamdan Universiti Putra Malaysia
Keywords: Abdullah Munshi, nasihat, Hikayat Abdullah, Al-Quran, Hadis

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti unsur nasihat dalam karya autobiografi terawal Hikayat Abdullah dan membandingkannya dengan Al-Quran dan Hadis. Ini adalah rentetan daripada penobatan Abdullah Munshi sebagai ‘Bapa Kesusasteraan Melayu Moden’ yang telah mengundang pelbagai reaksi daripada para sarjana sehingga ada yang menggelar beliau sebagai ‘Abdullah Paderi’ serta ‘tali barut British’. Tambah hebat apabila terdapat segolongan sarjana lain yang melabel Abdullah Munshi sebagai penganut Islam yang kuat pegangannya sebagaimana yang terpancar menerusi karya-karya beliau.  Sehubungan itu kertas kerja ini akan meleraikan permasalahan di atas dengan menggunakan kaedah analisis teks terhadap Hikayat Abdullah dan membandingkan setiap nasihat Abdullah Munshi tersebut dengan kerangka berdasarkan Al-Quran dan hadis. Dapatan kajian mendapati walau Abdullah Munshi kelihatan pro-British tetapi ajaran agama Islam yang menebal di jiwanya sedari kecil membuatkan beliau tidak terpengaruh dengan dakyah Kristian sebaliknya berusaha untuk menerapkan setiap ajaran Islam ke dalam karya yang dihasilkan. Rumusannya, jasa Abdullah Munshi sebagai tokoh tersohor yang bertanggungjawab membahagikan kesusasteraan Melayu kepada dua periodisasi perlulah diingati kerana nyata beliau adalah seorang individu yang kukuh jatidirinya sebagai Melayu-Islam di rantau Alam Melayu ini.

Kata kunci: Abdullah Munshi, nasihat, Hikayat Abdullah, Al-Quran, Hadis

 

ABSTRACT

 

The purpose of this paper is to identify the advising factor in Hikayat Abdullah and compare it with the Al-Quran and Hadith. This series of event cause from the coronation of Abdullah Munshi as the ‘Father of Malay Modern Literature’ which leads some various reaction from the scholars, unfortunately labels Abdullah Munshi as ‘Abdullah The Priest’ and ‘pro-British’. Contradictory, it become more interesting when some scholars label him as a good follower of Islam. Therefore, this paper will dissolved the problem stated above using text analysis on Hikayat Abdullah and compare the advise from Abdullah Munshi with Al-Quran and Hadith. The finding shows that eventhough Abdullah Munshi seems pro-British but the Islamic teaching has strenghten his faith ever since childhood. As a result, Abdullah Munshi is not unaffected by the teaching of Christianity but become more commited in applying all the Islamic teaching in all his work. In conclusion, Abdullah Munshi deeds as the famous figure in Islam that responsible dividing the Malay literature in two period need to be remember because he is a truly reknown Malay-Islam scholar in Malay literature.

Keywords: Abdullah Munshi, advise, Hikayat Abdullah, Al-Quran, Hadith

Published
2019-10-09
How to Cite
Adanan, N. F., & Hamdan, R. (2019, October 9). ‘Abdullah Paderi’: Perbandingan Unsur Nasihat dalam Hikayat Abdullah dengan Al-Quran dan Hadis. Jurnal Wacana Sarjana, 2(2), 1-12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/143