Peranan Strategik Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya 2016-2017 Menuju Pilihan Raya Umum Ke-14 di Kawasan Parlimen (P137) Bukit Katil, Melaka

(Strategic Role of Reboundary of Electoral Constituency 2016-2017 Toward 14th General Election in Parliamentary Constituency Area of (P137) Bukit Katil, Melaka)

  • Ding Chin Wei UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Junaidi Awang Besar UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Parlimen, persempadanan semula, pengundi, parti politik, pilihan raya

Abstract

Pada tahun 2016, Suruhanjaya Pilihan Raya mensyorkan cadangan persempadanan semula bahagian pilihan raya Parlimen Bukit Katil, Melaka. Berlaku perubahan kepada sempadan dan nama Parlimen tersebut. Perubahan sempadan dilihat dapat memberi kesan kepada parti politik, persekitaran dan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang di kawasan tersebut. Oleh itu, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk mengkaji peranan strategik persempadanan semula bahagian pilihan raya menuju pilihan raya umum ke-14 di kawasan Parlimen (P137) Bukit Katil, Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik terhadap 100 orang responden di lapangan dan rujukan terhadap sumber sekunder iaitu buku-buku akademik yang berkaitan tajuk kajian, artikel jurnal, kertas seminar dan persidangan/prosiding, akhbar dan rujukan atas talian/online. Dapatan kajian ini menunjukkan majoriti responden mendapatkan sumber maklumat persempadanan semula daripada media elektronik dan ia dijadikan sebagai sumber maklumat yang paling dipercayai dalam kalangan pengundi. Hasil daripada kajian impak terhadap persekitaran fizikal, impak terhadap persekitaran sosial, impak terhadap persekitaran ekonomi dan impak terhadap persekitatan politik menunjukkan bahawa perbezaan dan pandangan yang ketara dimana responden mempunyai kebolehterimaan yang berbeza. Justeru, dapat dan perbincangan kajian ini adalah penting untuk dijadikan panduan oleh pihak berkenaan untuk sama ada mengekalkan sokongan ataupun mengembalikan sokongan pengundi kepada pihak berkenaan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Kata kunci: Parlimen, persempadanan semula, pengundi, parti politik, pilihan raya

 

ABSTRACT

 

In 2016, the Election Commission recommended the proposed re-delineation of the Bukit Katil parliamentary constituency, Malacca. There has been a change to the borders and names of the parliament. Border changes are seen to affect the political parties, the environment and the results of the upcoming 14th General Elections in this area. Hence, it is the purpose of this study to study the strategic role of the redelineation of the constituency to the 14th general election in Parliamentary constituency (P137) of Bukit Katil, Melaka. This study used a questionnaire on 100 respondents in the field and references to secondary sources namely academic books related to research titles, journal articles, seminar papers and conferences/proceedings, newspapers and online references. The findings show that the majority of respondents have access to redelineation information from electronic media and is the most reliable source of information amongst voters. As a result of the impact assessment on the physical environment, the impact on the social environment, the impact on the economic environment and the impact on political affects show that the differences and the viewpoints in which respondents have different acceptance. Hence, the findings and discussions of this study are important to be guided by the parties to either maintain support or return the support of the voters to the parties ahead of the next general election.

Keywords: Parliament, redelineation, voters, political parties, elections

Published
2019-10-11
How to Cite
Chin Wei, D., & Awang Besar, J. (2019, October 11). Peranan Strategik Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya 2016-2017 Menuju Pilihan Raya Umum Ke-14 di Kawasan Parlimen (P137) Bukit Katil, Melaka. Jurnal Wacana Sarjana, 2(3), 1 - 22. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/160