Hubungan di antara Gaya Keibubapaan dan Kecerdasan Emosi dengan Masalah Tingkah Laku Kanak-Kanak: Satu Sorotan

(The Relationship between Parenting Style and Emotional Intelligence towards Behavioral Problem among Children: A Review)

  • Nurul Aini Omar UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Siti Marziah Zakaria UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: gaya keibubapaan, autoritatif, kecerdasan emosi, masalah tingkah laku, kanak-kanak

Abstract

Perkembangan awal kanak-kanak perlu diberi perhatian yang secukupnya baik dari segi mental, emosi, sosial dan juga fizikal. Masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak perlu dipandang serius oleh semua pihak bagi membentuk individu yang mempunyai sahsiah dan tingkah laku yang baik pada masa hadapan. Terdapat pelbagai faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Antaranya ialah kurangnya perhatian daripada ibu bapa serta masalah dalam pengurusan emosi kanak-kanak. Kertas konsep ini mengulas mengenai gaya keibubapaan dan kecerdasan emosi yang menjadi peramal kepada masalah tingkah laku kanak-kanak. Hasil sorotan kajian kebanyakannya mendapati bahawa terdapat hubungan antara gaya keibubapaan dan kecerdasan emosi dengan masalah tingkah laku kanak-kanak. Gaya keibubapaan autoritatif dan kecerdasan emosi yang baik dilihat berperanan dalam mengurangkan masalah tingkah laku kanak-kanak. Hasil kajian ini dilihat dapat memberi implikasi kepada ahli professional dalam bidang keluarga dan keibubapaan bagi menyarankan dan menggalakkan ibu bapa supaya lebih memahami gaya didikan yang berkesan dan pengurusan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Kajian akan datang disarankan agar dapat melibatkan guru kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku. Ini dapat memberi kefahaman yang lebih baik daripada perspektif guru untuk mengatasi masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak.

Kata kunci: gaya keibubapaan, autoritatif, kecerdasan emosi, masalah tingkah laku, kanak-kanak.

 

ABSTRACT                                                    

 

Early childhood development should be given an adequate attention in term of mental, emotional, social and physical development. Behavioral problems among children should be highlighted by all parties to nurture an individual with good character and decent behavior in the future. There are many factors that play an important role in shaping children’s behavior. It includes lack of parental attention and emotional management issues. This paper reviews parenting styles and emotional intelligence as predictors of behavioral problem among children. Previous studies showed that there were relationships between parenting styles and emotional intelligence towards behavioral problem among children. Authoritative parenting style and high emotional intelligence can lessen behavioral problems among children.  These findings benefit professionals in the area of family and parenting to suggest and encourage parents to practice effective parenting style and emotional management for children. Future research should involve teachers of children with behavioral problem. This can provide a better understanding of teachers’ perspectives in order to overcome children’s behavioral problems.

 

Keywords: parenting style, authoritative, emotional intelligence, behavioral problem, children

Author Biography

Nurul Aini Omar, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Perkembangan awal kanak-kanak perlu diberi perhatian yang secukupnya baik dari segi mental, emosi, sosial dan juga fizikal. Masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak perlu dipandang serius oleh semua pihak bagi membentuk individu yang mempunyai sahsiah dan tingkah laku yang baik pada masa hadapan. Terdapat pelbagai faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Antaranya ialah kurangnya perhatian daripada ibu bapa serta masalah dalam pengurusan emosi kanak-kanak. Kertas konsep ini mengulas mengenai gaya keibubapaan dan kecerdasan emosi yang menjadi peramal kepada masalah tingkah laku kanak-kanak. Hasil sorotan kajian kebanyakannya mendapati bahawa terdapat hubungan antara gaya keibubapaan dan kecerdasan emosi dengan masalah tingkah laku kanak-kanak. Gaya keibubapaan autoritatif dan kecerdasan emosi yang baik dilihat berperanan dalam mengurangkan masalah tingkah laku kanak-kanak. Hasil kajian ini dilihat dapat memberi implikasi kepada ahli professional dalam bidang keluarga dan keibubapaan bagi menyarankan dan menggalakkan ibu bapa supaya lebih memahami gaya didikan yang berkesan dan pengurusan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Kajian akan datang disarankan agar dapat melibatkan guru kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku. Ini dapat memberi kefahaman yang lebih baik daripada perspektif guru untuk mengatasi masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak.

Kata kunci: gaya keibubapaan, autoritatif, kecerdasan emosi, masalah tingkah laku, kanak-kanak.

 

ABSTRACT                                                    

 

Early childhood development should be given  adequate attention in term of mental, emotional, social and physical development. Behavioral problems among children should be highlighted by all parties to nurture an individual with good character and decent behavior in the future. There are many factors that play an important role in shaping children’s behavior. It includes lack of parental attention and emotional management issues. This paper reviews parenting styles and emotional intelligence as predictors of behavioral problem among children. Previous studies showed that there were relationships between parenting styles and emotional intelligence towards behavioral problem among children. Authoritative parenting style and high emotional intelligence can lessen behavioral problems among children.  These findings benefit professionals in the area of family and parenting to suggest and encourage parents to practice effective parenting style and emotional management for children. Future research should involve teachers of children with behavioral problem. This can provide a better understanding of teachers’ perspectives in order to overcome children’s behavioral problems.

 

Keywords: parenting style, authoritative, emotional intelligence, behavioral problem, children

Published
2019-10-11
How to Cite
Omar, N. A., & Zakaria, S. M. (2019, October 11). Hubungan di antara Gaya Keibubapaan dan Kecerdasan Emosi dengan Masalah Tingkah Laku Kanak-Kanak: Satu Sorotan. Jurnal Wacana Sarjana, 2(3), 1 - 7. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/171