Struktur Pasif Dalam Hikayat Hang Tuah: Kajian Berdasarkan Teori Ubah Alfa

(Passive Structure in Hikayat Hang Tuah: A Perspective of Alpha Change Theory)

  • Amir Hatin Asmali Jauhari UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Nasrun Alias UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Ayat Pasif, Teori Ubah Alfa, Kuasaan dan Tambatan, Sintaksis, Hikayat Hang Tuah.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola ayat pasif dalam teks Hikayat Hang Tuah berdasarkan kerangka Teori Ubah Alfa. Kajian ayat pasif dalam teks-teks Melayu lama agak kurang mendapat tempat di kalangan pengkaji bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana kesukaran memahami struktur bahasa Melayu lama. Berdasarkan bukti yang ada, tidak banyak kajian lepas yang membincangkan aspek ini. Kajian ini hanya berfokus kepada struktur ayat pasif yang wujud dalam teks Hikayat Hang Tuah dan pola ayat pasif yang ada dalam teks tersebut. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan teori Kuasaan dan Tambatan iaitu Teori Ubah Alfa yang dikemukakan oleh Noam Chomsky. Kajian ini akan membincangkan struktur ayat pasif bahasa Melayu lama. Selain itu, ia akan menghuraikan kepelbagaian variasi ayat pasif yang wujud dalam teks Melayu lama ini. Antara pola ayat pasif yang ditemukan dalam teks ini ialah struktur pasif dengan imbuhan di-, ter-, ber-, Kata Ganti Diri (KGD) dan kata kerja tanpa imbuhan pasif. Hasil kajian ini seterusnya akan menganalisis struktur ayat ini menggunakan kerangka teori Ubah Alfa. Antara dapatan kajian ini menunjukkan beberapa struktur pasif yang tidak lagi wujud pada hari ini seperti struktur pasif [(maka) + (Subjek) + di-K(-kan) + (oleh) + FN], [K. Hubung + FN + di-K + FN], [maka + (subjek) + di-K-i + (oleh) +  FN] dan beberapa struktur ayat pasif yang lain. Justeru itu, kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada perkembangan ilmu linguistik di Malaysia, terutamanya dalam bidang sintaksis.

Kata kunci: Ayat Pasif, Teori Ubah Alfa, Kuasaan dan Tambatan,  Sintaksis, Hikayat Hang Tuah.

Published
2019-10-13
How to Cite
Jauhari, A. H. A., & Alias, N. (2019, October 13). Struktur Pasif Dalam Hikayat Hang Tuah: Kajian Berdasarkan Teori Ubah Alfa. Jurnal Wacana Sarjana, 2(4), 1 - 15. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/178