The Relationship Between Personality Traits and English Language Speaking Anxiety among Faculty of Economics And Management Undergraduates in UKM

(Perhubungan antara Tret Personaliti dan Keresahan Terhadap Pertuturan Berbahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Prasiswazah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di UKM)

  • Huda Bahrudin UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Zaini Amir UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Personality traits, Language Anxiety, English Speaking Anxiety, Communication Apprehension, Fear of Negative Evaluation

Abstract

Peranan personaliti dalam pembelajaran bahasa kedua dan bahasa asing diakui dan dilihat sebagai peramal bagi kejayaan dalam pembelajaran bahasa. Personaliti berkebolehan untuk menggalakkan ataupun menghalang pembelajaran bahasa, dan keresahan bahasa dalam kalangan pelajar seringkali berpunca dari situasi percakapan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sifat-sifat personaliti dan keresahan terhadap pertuturan berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Prasiswazah, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) di UKM. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengkaji sebarang perhubungan antara sifat-sifat personaliti dan keresahan terhadap pertuturan berbahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa FEP UKM. Sejumlah 104 pelajar FEP daripada program Pentadbiran Perniagaan, Ekonomi, Perakaunan, dan Keusahawanan dipilih melalui kaedah persampelan rawak. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Dua soal selidik yang diadaptasi daripada Big Five Inventory (BFI) dan English Language Speaking Anxiety Scale (ELSAS) telah digunakan untuk mengenal pasti tret-tret personaliti dan tahap keresahan berbahasa Inggeris. Perisian SPSS telah digunakan untuk menganalisa data bagi memperolehi matriks korelasi. Hasil kajian mendapati tret personaliti tertinggi dalam kalangan pelajar prasiswazah FEP adalah Keterbukaan, Kepersetujuan dan Kehematan. Kebanyakan pelajar prasiswazah FEP mempunyai tahap keresahan sederhana untuk bertutur Bahasa Inggeris. Korelasi Pearson menunjukkan perhubungan positif antara Kebimbangan Berkomunikasi dan Takut akan Penilaian Negatif dengan tret Neuroticism dan perhubungan negatif dengan tret Extraversion.

Kata kunci: Tret Personaliti, Keresahan Bahasa, Keresahan Pertuturan Berbahasa Inggeris, Kebimbangan Berkomunikasi, Takut akan Penilaian Negatif

ABSTRACT

 The role of personality in second and foreign language learning are acknowledged and are viewed as useful predictors of language learning success. Personality can either encourage or inhibit language learning, and language anxiety among students often stem predominantly from speaking situations. The present study investigated the personality traits and English language speaking anxiety among Faculty of Economics and Management (FEP) undergraduates in UKM. Additionally, the study examined any significant relationship between the personality traits and English language speaking anxiety among FEP UKM students. A total of 104 FEP undergraduate students from Business, Economics, Accounting, and Entrepreneurship majors across different years of study were selected using purposive random sampling to participate as respondents to this quantitative study. The Big Five Inventory (BFI) and English Language Speaking Anxiety Scale (ELSAS) were used to identify personality traits and levels of English language speaking anxiety respectively. Results were tabulated and run through SPSS to obtain a correlation matrix. The results show Openness, Agreeableness, and Conscientiousness as the most recurring personality trait of FEP undergraduates. A majority of FEP undergraduates have moderate level of Communication Apprehension and Fear of Negative Evaluation. Pearson Correlatives show a positive relationship between Communication Apprehension and Fear of Negative Evaluation with Neuroticism, but a negative relationship with Extraversion.

Keywords: Personality traits, Language Anxiety, English Speaking Anxiety, Communication Apprehension, Fear of Negative Evaluation

Published
2019-10-13
How to Cite
Bahrudin, H., & Amir, Z. (2019, October 13). The Relationship Between Personality Traits and English Language Speaking Anxiety among Faculty of Economics And Management Undergraduates in UKM. Jurnal Wacana Sarjana, 2(4), 1 -17. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/179