Amalan Ritual Dalam Masyarakat Bajau Filipina Di Pulau Gaya: Satu Kajian Tentang Upacara Pengurusan Jenazah

Ritual (Practices in the Bajau of Philippines in Gaya Island: A Study on Funeral Traditions)

  • Norhanisyawati Zahari UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Muammar Ghaddafi Hanafiah UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Adat kematian, Animisme, Bajau Filipina, Nilai Islam, Ritual pengurusan jenazah

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti  pengurusan jenazah yang diamalkan oleh masyarakat Bajau Filipina di Pulau Gaya. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk meneliti unsur animisme dalam pengurusan jenazah masyarakat Bajau Filipina di Pulau Gaya. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif selaras dengan matlamat dan hala tuju kajian iaitu dua metod penyelidikan seperti kaedah kajian lapangan dengan menebual informan dan kaedah perpustakaan dengan merujuk teks kajian, rujukan tafsir, hadis dan pandangan ulama klasik, buku dan jurnal. Hasil penyelidikan membuktikan bahawa masyakat Bajau Filipina masih mengamalkan adat nenek moyang terutamanya dalam proses pengurusan jenazah. Melalui kajian ini juga terdapat beberapa unsur animisme yang masih dilakukan dalam beberapa ritual. Namun begitu, tidak dapat dinafikan sebahagian besar upacara pengurusan jenazah Masyarakat Bajau Filipina masih mempunyai nilai-nilai Islam. Walaupun begitu, amalan-amalan ritual yang bercanggah dengan ajaran Islam kian pudar akibat kesedaran agama dan juga faktor kewangan kerana ritual-ritual yang biasa dilakukan memerlukan kos yang tinggi. Kajian ini juga secara tidak langsung menimbulkan kesedaran masyarakat Bajau bahawa terdapat beberapa ritual yang mereka lakukan bercanggah dengan ajaran Islam dan perlu ditinggalkan.

Kata kunci: Adat kematian, Animisme, Bajau Filipina, Nilai Islam, Ritual pengurusan jenazah

 

ABSTRACT

 

This research is conducted to identifying the funeral traditions of the Bajau of the Philippines in Gaya Island. Not only that, this research is conducted to examining the elements of animism and Islamic values in funeral traditions of the Bajau of the Philippines in Gaya island. In this research, the researcher will be using qualitative method, in line with the goals and purpose of the research by using two methods, fieldwork by interviewing a few people to get the necessary data and by referring to library research by referring previous study texts, hadiths, and classical scholars’ views, books and journals. The result of this research is proving  that The Bajau Philippines community still added a few rituals that were pass down by their ancestors to their funeral traditions. It is also cannot be denied that the rituals in funeral traditions have an Islamic elements. Even so, the rituals that the Bajau people have added to the funeral traditions is somewhat against the Islamic funeral traditions, and is slowly being forgotten due to religious awareness and financial factors, due to high cost of some of the rituals.

Keywords: Animism, Funeral traditions, Islamic values, The Bajau of Philippines, Ritual Practices

Published
2019-10-13
How to Cite
Zahari, N., & Hanafiah, M. G. (2019, October 13). Amalan Ritual Dalam Masyarakat Bajau Filipina Di Pulau Gaya: Satu Kajian Tentang Upacara Pengurusan Jenazah. Jurnal Wacana Sarjana, 2(4), 1 - 11. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/184