Prinsip Transformasi Drama Dekon Keranamu Azizah Dalam Kepengarangan Marzuki Ali

(Transformational Principle in Drama Dekon Keranamu Azizah in Marzuki Ali’s Authorship)

  • Nur ‘Izzati Mohd Zahari UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Nur Afifah Vanitha Abdullah UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Prinsip transformasi, kritikan drama, intertekstual, Marzuki Ali, drama dekon

Abstract

Marzuki Ali cenderung menghasilkan karya dengan kaedah menyerap teks dari sumber lain bagi menghasilkan drama beliau. Sehubungan itu, prinsip transformasi yang dipelopori oleh Julia Kristeva dari teori interteks diaplikasi bagi mengenalpasti prinsip transformasi yang dilakukan oleh Marzuki Ali dalam drama  Dekon Keranamu Azizah (2015). Drama ini seolah-olah membayangkan latar sejarah penglibatan P.Ramlee dalam dunia seni tanahair. Cuma nama watak utama Dekon Keranamu Azizah adalah Remy. Secara automatik pembaca terdorong untuk membayangkan P.Ramlee apabila membaca skrip dekon Marzuki Ali ini. Sehubungan itu dengan rekabentuk kajian kualitatif dengan kajian perpustakaan sebagai instrumen utama, penelitian dilaksanakan untuk mengkaji transfomasi yang dilakukan oleh pengarang dalam menghasilkan karyanya. Bahan kajian utama adalah buku biografi P.Ramlee: The Bright Star dan dokumentari P.Ramlee yang diterbitkan oleh Pesona Picture Sdn. Bhd. Dapatan dalam artikel ini adalah, pengarang telah menyalin secara terus peristiwa dari karya yang dirujuk tetapi perubahan telah dilakukan terhadap penceritaan hipoteks. Pengarang telah menyusun semula kronologi cerita dalam menghasilkan drama dekon Keranamu Azizah. Pengarang juga mentransformasikan watak dan perwatakan dalam karyanya supaya pembaca masih dapat membayangkan tokoh yang dimaksudkan oleh pengarang. Pengarang turut mengekalkan latar tempat dengan menyalin semula tahun dan peristiwa-peristiwa penting yang dilalui oleh watak protagonis dramanya. Hal ini membuktikan bahawa pengarang telah melakukan transformasi secara terus dari hipoteksnya.

Kata kunci: Prinsip transformasi, kritikan drama, intertekstual, Marzuki Ali, drama dekon.

 

ABSTRACT

 

Marzuki Ali often produce his plays based on other literary text. Hence, the transformation principle by Julia Kristeva in the Intertext theory is applied to identify the transformational principles in Marzuki Ali’s Keranamu Azizah (2015). Marzuki’s play strongly indicates similarity with P.Ramlee’s background before being part of the Malay entertertainment world. The difference lies in Marzuki’s protagonist’s name, Remy. Readers of Keranamu Azizah automatically refer to P.Ramlee when they encounter Remy. Hence, with a qualitative research design, and library research as the main research instrument data was gathered to identify the transformation aspects undertaken by Marzuki Ali in producing Keranamu Azizah. The main research materials were P.Ramlee's biography book: The Bright Star and P.Ramlee documentary produced by Pesona Picture Sdn. Bhd. The findings in this article are that, the author had directly used the events from the original text into his drama by rearranging the events in the original text. The author has also transformed characters in order to direct and indicate to his readers the personality he has created in his play. Author has also mainted the place, time and events as in the original sources. This proves that the author transformed directly from the P.Ramlee’s biography: The Bright Star and the P.Ramlee documentary produced by Pesona Picture Sdn Bhd in producing the drama Decon Keranamu Azizah.Keywords: Transformational principle, text criticism, intertextual, Marzuki Ali, drama dekon.

Published
2019-10-13
How to Cite
Mohd Zahari, N. ‘Izzati, & Abdullah, N. A. V. (2019, October 13). Prinsip Transformasi Drama Dekon Keranamu Azizah Dalam Kepengarangan Marzuki Ali. Jurnal Wacana Sarjana, 2(4), 1 -17. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/185