Faktor Remaja Lari dari Rumah dalam Kalangan Komuniti PPR Pantai Dalam dan Desa Rejang, Malaysia

(Factors of Runaway Teenagers Among Community of PPR Pantai Dalam and Desa Rejang, Malaysia)

  • Nor Khairiah Amir UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Siti Fardaniah Abdul Aziz UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: remaja, projek perumahan rakyat, kecerdasan emosi, didikan agama, rakan sebaya

Abstract

Lari dari rumah bukan satu tindakan yang pelik atau perkara baru yang berlaku kepada remaja di Malaysia. Ini disebabkan isu remaja lari dari rumah sering dikaitkan dengan remaja yang dahagakan kemewahan, kebebasan dan kurang sokongan daripada ibu bapa. Namun, fenomena lari dari rumah merupakan satu isu besar kerana remaja yang lari dari rumah selalunya berhadapan dengan masalah sosial seperti ditipu dan diperdagangkan, tiada tempat bergantung, dan tiada masa depan yang baik. Dengan ini, faktor-faktor remaja lari dari rumah perlu dikenal pasti bagi menyelesaikan punca masalah remaja lari dari rumah. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor remaja lari dari rumah. Kajian ini melibatkan seramai 63 orang remaja dalam kalangan komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Dalam dan Desa Rejang. Hasil kajian mendapati pendapatan keluarga, hubungan kekeluargaan, dan pengaruh rakan sebaya mempunyai hubungan yang signifikan dengan niat untuk lari dari rumah; manakala  kecerdasan emosi dan didikan agama tidak berhubungan secara signifikan dengan niat untuk lari dari rumah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa remaja yang lari dari rumah bukanlah mereka yang tiada kecerdasan emosi atau kurang didikan agama. Sebaliknya, remaja yang lari dari rumah selalunya disebabkan insititusi kekeluargaan yang lemah seperti pendapatan keluarga yang rendah, tiada hubungan baik dengan keluarga, dan terpengaruh dengan rakan sebaya akibat hubungan kekeluargaan yang lemah. Oleh itu, institusi kekeluargaan perlu ditambah baik bagi membendung masalah remaja lari dari rumah.

Kata kunci: remaja, projek perumahan rakyat, kecerdesan emosi, didikan agama, pengaruh rakan sebaya, hubungan kekeluargaan, pendapatan keluarga

 

ABSTRACT

Running away from home is not abnormal or a new issue among teenagers in Malaysia. This is because issue of teenagers run away from home is always associated with the needs of luxury and freedom, and low family support. However, the phenomenon of run away from home is a big issue because teenagers that run away from home were always deceived and involved in human trafficking, lost physiological needs, and did not have bright future. Hence, factors affecting runaway teenagers should be identified to solve the root cause of this problem. Therefore, the purpose of this study is to identify factors affecting runaway among teenagers. This study involved 63 teenagers living in PPR community; this includes those living in Pantai Dalam and Desa Rejang. Findings indicated that family income, family ties, and peer influence had significant relationship with intention of runaway among teenagers; however, emotional intelligent and religion education were not significant. Findings also demonstrated that those runaway teenagers are not among those that have low level of emotional intelligent and religion education. Ironically, runaway teenagers is always caused by the weaknesses in family institution, such as low family income, bad relationship with family members, and finally influenced by peers because of the weaknesses in family institution. Hence, family institution should be improved to cater the issue of runaway among teenagers.

Keywords: teenagers, public housing project, emotional intelligent, religion education, peer influence, family ties, family income

Published
2019-10-17
How to Cite
Amir, N. K., & Abdul Aziz, S. F. (2019, October 17). Faktor Remaja Lari dari Rumah dalam Kalangan Komuniti PPR Pantai Dalam dan Desa Rejang, Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 3(1), 1 - 8. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/205