Pelancongan Pantai dan Kepuasan Pelancong Keluarga: Kes kajian di Pulau Pinang

(Beach Tourism and Family Tourists’ Satisfaction: A Case of Penang)

  • Nuradila Azhar UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Habibah Ahmad UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Pelancongan pantai, pelancong keluarga, cirian fizikal, kepuasan, buatan manusia

Abstract

Pelancongan pantai merupakan aktiviti yang lazimnya menjadi tumpuan  pelancong antarabangsa dan  pelancong tempatan di kebanyakan negara yang mempunyai sumber tarikan ini. Di Malaysia, pelancongan pantai juga tidak terkecuali daripada mendapat perhatian segmen pelancong keluarga.  Salah satu pantai yang terkenal dalam kalangan keluarga di Pulau Pinang ialah Pantai   Batu Ferringhi. Pantai ini dikatakan  mempunyai kedua-dua kelebihan, cirian fizikal semula jadi dan cirian buatan manusia yang memungkinkan ia menjadi tarikan kepada para pengunjung/pelancong keluarga.  Walau bagaimanapun penentuan sama ada pelancong keluarga berpuas hati kepada cirian fizikal pantai atau   cirian buatan manusia masih belum terserlah.   Makalah ini bertujuan untuk i) mengenalpasti apakah cirian dan aktiviti pengunjung/pelancong keluarga apabila mereka mengunjungi Pantai Batu Ferringhi dan ii)  mengenalpasti apakah penentu pemilihan pengunjung  keluarga  tertakluk kepada cirian  fizikal pantai atau cirian buatan manusia. Sebanyak 300 responden keluarga telah berjaya ditemuduga dengan menggunakan soal selidik. Hasil kajian mendapati pengunjung/pelancong keluarga melakukan aktiviti  rekreasi pantai yang santai berbanding lasak, datang bersama anak-anak dan ahli keluarga, serta menghabiskan masa bersama keluarga secara bersama.  Sementara itu, faktor  pemilihan pengunjung keluarga di Batu Ferringhi didorong oleh cirian fizikal atau semulajadi pantai dengan skor purata 3.50 berbanding cirian buatan manusia iaitu 3.44. Beberapa cadangan turut dikemukakan untuk penambahbaikkan; antaranya  jaminan pantai yang bersih, air laut yang tidak tercemar dan juga jaminan keselamatan pantai,  kemudahan awam dan rekreasi pantai yang lebih baik,  mempelbagaikan aktiviti sukan air dan  penambahbaikkan  pengangkutan dan tempat parkir. Kesimpulannya, kedua-dua faktor fizikal dan buatan manusia berperanan penting dalam menarik minat pengunjung/pelancong keluarga untuk melancong ke pantai peranginan khususnya di Pantai Batu Ferringhi.

Kata kunci: Pelancongan pantai, pelancong keluarga, cirian fizikal, cirian manusia, kepuasan pengunjung keluarga


ABSTRACT

Beach tourism is an activity that is often the focus of international tourists and local tourists in most of the countries with this attraction. In Malaysia, coastal tourism is also no exception to the attention of the family tourist segment. One of the most famous beaches in Penang is Batu Ferringhi Beach. The beach is said to have both the advantages, the natural physical features and the man-made spirit that allows it to attract visitors/family travellers. However, the determination of whether family travellers are satisfied with the physical characteristics of the beach or artefacts of man-made artefacts are yet to be seen. This paper aims to: i) identify the characteristics and activities of family visitors/visitors when they visit Batu Ferringhi Beach and ii) identify whether the determinants of family choice are subject to physical characteristics of the beach or man-made character. A total of 300 family respondents were successfully interviewed using questionnaires. The findings show that tourists/family members are doing casual beach activities rather than being rugged, coming with children and family members, and spend time together with their families together. Meanwhile, the factor of selecting family visitors in Batu Ferringhi is driven by the physical or natural nature of the beach with an average score of 3.50 compared to human-made environment of 3.44. Some suggestions for improvements; includes clean beaches, unspoilt seawater and coastal security, public amenities and better recreation beaches, diversifying water sport activities and enhancing transportation and parking. In conclusion, both physical and man-made factors play an important role in attracting visitors / family travelers to visit resort beaches, particularly at Batu Ferringhi Beach.

Keywords: Beaches, tourist families, physical features, human characteristics, family visitor satisfaction

Published
2019-10-18
How to Cite
Azhar, N., & Ahmad, H. (2019, October 18). Pelancongan Pantai dan Kepuasan Pelancong Keluarga: Kes kajian di Pulau Pinang. Jurnal Wacana Sarjana, 3(1), 1 - 14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/210