Hubungan Antara Sistem Kerja Ergonomik dan Prestasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(Relationship between Ergonomic Work System and Occupational Safety and Health Performance)

  • Azman Arif Amran Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Nasir Selamat Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: ergonomik, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, sistem kerja ergonomik, , sektor pembuatan, prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Abstract

 

Sektor pembuatan merupakan sektor yang paling penting di Malaysia kerana sektor ini merupakan antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Sektor pembuatan mempunyai keunikan sistem kerja dan pengurusan yang tersendiri. Keunikan ini yang menyebabkan aspek ergonomik, keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu diberikan penumpuan secara terperinci. Aspek ini mampu memberikan impak kepada pelbagai pihak terutamanya pekerja dan organisasi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sistem kerja ergonomik dengan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Dalam kajian ini, faktor sistem kerja ergonomik yang terlibat sebagai pembolehubah bebas ialah faktor individu, faktor tugas, faktor organisasi dan faktor teknologi. Bagi prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan pula, aspek kesihatan, stres pekerjaan dan kemalangan pekerjaan yang menjadi pembolehubah bersandar. Seramai 105 orang responden dari beberapa kilang pembuatan di Banting dan Subang Jaya telah dianalisis melalui soal selidik yang diedarkan. Faktor teknologi didapati antara faktor yang paling mempengaruhi aspek kemalangan pekerjaan. Faktor individu dan faktor organisasi dikatakan paling mempengaruhi aspek stres pekerjaan. Faktor tugas pula dikatakan lebih membawa kepada masalah kesihatan. Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa pengetahuan para pekerja di Malaysia mengenai ergonomik masih di tahap yang kurang memuaskan. Namun begitu, para pekerja didapati sangat peka dan berpengetahuan mengenai aspek kemalangan pekerjaan, Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan perkara yang amat penting dalam setiap organisasi. Penekanan kepada aspek ini mampu menjamin prestasi pekerja sekaligus menjamin produktiviti sesebuah organisasi. Penambahbaikan dalam aspek ergonomik di setiap tempat kerja merupakan antara inisiatif penting dalam meningkatkan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sesebuah organisasi.

ABSTRACT

 

The manufacturing sector is the most important sector in Malaysia as it is one of the largest contributors to the national economy. The manufacturing sector has unique work and management systems. This uniqueness which led to ergonomics and safety and health work should be given in detail. This aspect is capable of impacting various parties, especially workers and organizations. This study aims to investigate the relationship between ergonomic work system with safety and health work performance. In this study, the ergonomic work system factors involved as independent variables are individual factors, tasks factors, organizational factors and technological factors. For occupational safety and health performance, the dependent variables are health, occupational stress and occupational hazards. 105 respondents from several manufacturing factories in Banting and Subang Jaya were analyzed through questionnaires distributed. Technological factors are found among the factors that most affect the aspect of work accident. Individual factors and organizational factors are most affect the working stress aspect. Task factor is said to lead to health problems. In addition, the findings show that Malaysian workers' knowledge of ergonomics is still unsatisfactory. However, workers are highly knowledgeable about the aspects of job accidents, Safety aspects and occupational health is a very important in every organization. The emphasis on this aspect is to ensure the employees’ performance while ensuring the productivity of an organization. Improvements in the ergonomic aspects of each workplace are among the initiatives in improving occupational safety and health in an organization.

 

 

Published
2019-06-30
How to Cite
Amran, A. A., & Selamat, M. N. (2019, June 30). Hubungan Antara Sistem Kerja Ergonomik dan Prestasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Jurnal Wacana Sarjana, 3(2), 1-12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/233